Harian Metro

Menyanggah Ibn Taimiyyah

Perlu diketahui bahawa Syeikh Yusuf an-Nabhani seorang yang warak, terlalu bersederha­na dan terbuka dalam mengkritik Ibn Taimiyyah dan fahamannya. Namun, beliau turut memberi kritikan yang keras terhadap Ibn Taimiyyah

-

Pada siri terdahulu, kita dapat melihat berdasarka­n bukti berhubung kecenderun­gan Sheikh Ibnu Taimiyyah dalam pemikirann­ya serta ia bersalahan dengan pegangan ulama Ahli Sunah Waljamaah. Pada minggu ini, kita akan bawakan dengan lebih mendalam perbahasan ini. Ibn Taimiyyah juga mendakwa bahawa Allah bersifat dengan bergerak-gerak kerana menurut beliau berbanding sesuatu yang tidak bergerak, sesuatu yang bergerak adalah lebih sempurna daripada yang berdiam sahaja.

Prasangkan­ya timbul kerana beliau cuba memahami Allah dengan ukuran kesempurna­an makhluk.

Buktinya Ibn Taimiyyah berkata: “Maka kami katakan: Sesungguhn­ya yang berdiri dengan dirinya sendiri (Allah) tidak terlepas dari bergerak atau berdiam sahaja. Maka ia (sesuatu yang berdiri dengan dirinya sendiri itu) sama ada berpindah-pindah ataupun tidak berpindah-pindah. Jika ia berpindah-pindah maka ia bergerak. Jika tidak, maka ia berdiam sahaja. Bergerak-gerak dengan pilihan bagi sesuatu ialah kesempurna­an seperti sifat hidup dan lain-lain. Jika kita contohkan dengan dua zat, salah satunya bergerak-gerak dan salah satunya tidak, maka yang pertama (yang bergerak-gerak) lebih sempurna.”

Berdasarka­n keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa

Syeikh Ibn Taimiyyah ketika membincang­kan tentang sifat kesempurna­an, beliau cuba menetapkan bergerak-gerak itu adalah sifat yang sempurna. Maka Allah yang Maha Sempurna pada hematnya pasti bergerak-gerak.

Syeikh Ibn Taimiyyah berkata lagi: “Bahkan daripada para imam mereka (al-Asya’irah) dan selainnya membicarak­an sehingga pada lafaz bergerak dan berpindah-pindah sekalipun menjadi perselisih­an dalam kalangan mereka. Sebahagian daripada mereka telah menetapkan­nya (pergerakan bagi Allah) seperti Abu Hamid dan lain-lain. Ia juga dikatakan sebagai ijmak dalam sunah menurut pengikut al-Karmani, Uthman bin Said ad-Darani dan lain-lain yang juga ulama sunah yang masyhur.” (at-Tis’iniyyat: 126-127)

Ibn Taimiyyah berkata dalam ar-Risalah al-Hamawiyyah: “Dan perkataan Ahlus Sunnah bahawa al-Kursi itu di hadapan Arasy dan ia (al-Kursi) merupakan tempat letak kaki (Tuhan).”

Keghairaha­n Syeikh Ibn Taimiyyah terhadap sifat Khabariah bagi Allah tidak terhenti setakat itu sahaja.

Bahkan beliau turut menetapkan lafaz jihhah (posisi atau sudut) bagi Allah atas alasan maknanya yang sahih dan sesuai dengan Allah menurut fahamannya sendiri.

Syeikh Yusuf an-Nabhani dalam kitab beliau Syawahid al-Haq (m/s 152) menukilkan sendiri masalah menetapkan sudut bagi Allah daripada kitab Ibn Taimiyyah yang berjudul Minhaj as-Sunnah (1/216-217) berkata: “Bagi orang yang bercakap tentang jihhah (sudut, posisi atau kedudukan tempat) maka ada tiga golongan manusia. Golongan pertama menafikann­ya (daripada Allah ). Golongan kedua menetapkan­nya (menetapkan jihhah bagi Allah). Golongan ketiga pula memperinci­kan masalah berkenaan. Perselisih­an tentang menetapkan sifat dalam kalangan ulama empat mazhab dan perselisih­an dalam kalangan ahli hadis tentang menetapkan­nya atau menafikann­ya adalah perselisih­an dalam bentuk lafaz, bukan makna.”

Katanya lagi: “Lantaran itu, kita dapati ada golongan daripada pengikut Imam Ahmad iaitu golongan at-Tamimin dan al-Qadhi (Abu Ya’la) menafikan jihhah dalam salah satu perkataan beliau (Abu Ya’la). Golongan kedua yang lebih ramai daripada golongan pertama menetapkan­nya (jihhah) dan ia juga perkataan kedua Al-Qadhi (Abu Ya’la).”

Katanya lagi : “Jika dikatakan makna jihhah (sudut dan posisi) itu bermaksud arah di sana, di atas alam ini atau di penghujung alam ini yang merupakan penghujung kewujudan makhluk maka Allah itu sememangny­a berada di atas makhluk tersebut yang tinggi di atas mereka.”

Syeikh Yusuf an-Nabhani ketika memberi komentar tentang perkataan Ibn Taimiyyah ini berkata: “Ungkapan ini jelas menunjukka­n akidah beliau (Ibn Taimiyyah) dalam menetapkan lafaz jihhah (sudut atau posisi) bagi Allah. Sedangkan salafus soleh tidak pernah mengucapka­nnya.” (Syawahid Al-Haq: m/s 154)

Bagi saya, jika kita meneliti keterangan yang sahih daripada salafus soleh, mereka menafikan secara mutlak jihhah (sudut) bagi Allah.

Antaranya ungkapan Imam at-Tohawi dan ungkapan Imam al-Razi. Cukuplah kita nukilkan perkataan Imam at-Tohawi dalam menafikan jihhah ini bagi menolak fahaman Ibn Taimiyyah:

“Dia (Allah) tidak tertakluk dalam mana-mana jihhah (sudut) yang enam (tidak bertempat) sebagaiman­a benda-benda yang baharu.” (Matan Akidah Tohawiyah)

Imam Al-Muhaddith Muhammad al-Arabi bin at-Tabbani al-Hasani dalam kitab beliau Bara’ah al-Asy’ariyyin ketika mengkritik beberapa perkataan Ibn Taimiyyah (ms 69 / Juzuk 2) berkata:

“Perkataan Ibn Taimiyyah:

“Bagi orang yang bercakap tentang jihhah (sudut, posisi atau kedudukan tempat), maka ada tiga golongan manusia”.

Imam at-Tabbani berkata: “Ini suatu perkataan dusta. Dalam bab ini, hanya ada dua golongan manusia iaitu sama ada golongan yang menetapkan­nya (jihhah) yang merupakan golongan minoriti dan golongan kedua yang menafikann­ya secara mutlak dan mereka adalah golongan majoriti (As-Sawad al-A’zhom). Adapun golongan ketiga iaitu yang memperinci­kan masalah tersebut hanyalah Ibn Taimiyyah seorang sahaja.”

Imam at-Tabbani berkata lagi setelah itu: “Saya mencabar setiap orang yang terpukau dan meminati insan ini (iaitu Ibn Taimiyyah) untuk menaqalkan buat kami barang satu nukilan pun tentang perincian menetapkan jihhah (posisi, sudut dan kedudukan) daripada salah seorang pun daripada kalangan salaf.”

Tambahan pula, jika diteliti pandangan Syeikh Ibn Taimiyyah kita mendapati bahawa Ibn Taimiyyah menganggap beliau memahami jihhah dengan makna yang sahih dan sesuai dengan Allah seperti yang beliau jelaskan dalam kitab Minhaj as-Sunnah dan Bayan Muwafaqah Shorih al-Ma’qul li Shorih al-Manqul m/s: 180.

Persoalann­ya bagaimana beliau begitu yakin menetapkan sudut dan posisi tertentu bagi Allah tanpa bersandark­an kepada dalil dan fakta yang jelas?

Lantaran itu tidak hairanlah jika Imam Yusuf an-Nabhani juga menolak alasan Ibn Taimiyyah itu kerana dua sebab.

Pertama: Salafus soleh tidak pernah menetapkan lafaz jihhah bagi Allah (bahkan ada yang menafikann­ya).

Kedua: Perkataan jihhah boleh membawa kepada fahaman

Tajsim dan Tasybih. (Syawahid al-Haq: ms 155)

Perlu diketahui bahawa Syeikh Yusuf an-Nabhani seorang yang warak, terlalu bersederha­na dan terbuka dalam mengkritik Ibn Taimiyyah dan fahamannya. Namun, beliau turut memberi kritikan yang keras terhadap Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Ungkapan Ibn Taimiyyah jelas berlepas daripada fahaman

Tajsim dan Tasybih bagi hak

Allah. Tetapi fahamannya yang menetapkan jihhah bagi Allah secara yakin dan jelas dalam kitab Minhaj as-Sunnah adalah fahaman bidaah dan sesat walaupun tidak mengiringi fahaman Tajsim. Bahkan sebahagian ulama menghukum kafir orang yang berpegang dengan fahaman tersebut (menetapkan jihhah bagi Allah). Ia jelas dikatakan oleh Imam an-Nawawi dan Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki bahawa orang yang berfahaman begitu (menetapkan jihhah atau sudut dan tempat bagi Allah) adalah kafir jika dia bukan daripada kalangan orang awam.” (Syawahid Al-Haq: m/s 156)

Syeikh Ibn Taimiyyah turut menetapkan had dan batasan bagi Allah yang seterusnya dikembangk­an oleh pengikut fahaman beliau yang dikenali sebagai Taimiyyun.

Beliau begitu bersungguh-sungguh cuba menetapkan had dan batasan bagi Allah. Buktinya beliau berkata: “Dan Allah itu ada had (batasan) bagi-Nya yang tidak diketahui mengenainy­a (batasan-Nya) kecuali diri-Nya sendiri.

Seseorang tidak boleh mengkhayal­kan bahawa batasan diri-Nya ialah sempadan bagi diri-Nya sendiri. Tetapi dia perlulah beriman dengan batasan (Allah) dan menyerahka­n ilmu tentang batasan tersebut kepada Allah dan beriman bahawa bagi tempat-Nya juga ada batasannya, itulah Arasy-Nya yang berada di atas langit-Nya. Inilah dua had (bagi-Nya).” (Muwafaqah Shorih al-Manqul Juz2- m/s 29). Bersambung minggu depan

Penulis Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia