Harian Metro

Asnaf hasil 30 produk makanan berkualiti

-

Shah Alam: Tidak lagi mengharap belas simpati masyarakat apabila semakin ramai golongan asnaf di negeri ini menceburi bidang perniagaan dan berjaya menghasilk­an 30 produk makanan berkualiti.

Semua produk makanan itu kini dipasarkan menerusi MyTERAS Shop sekaligus memastikan golongan itu keluar dari ‘kepompong’ kemiskinan.

Pengerusi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras), Datuk Ibrahim Md Yusof berkata, 30 produk itu membabitka­n 10 syarikat asnaf berdaftar di bawah bimbingan Teras.

“Setakat ini, sebanyak 156 produk berkualiti termasuk 30 produk asnaf itu dipasarkan di dalam Portal MyTERAS Shop yang mula dilancarka­n kelmarin.

“MyTERAS Shop adalah sebuah platform pembelian atas talian yang memasarkan lebih 100 jenis produk berkualiti terdiri daripada produk-produk usahawan bimbingan Teras termasuk asnaf di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Terdapat juga produk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan produk makanan mentah kering seperti yang berada di pasaran dengan harga yang lebih berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran Portal MyTERAS Shop yang disempurna­kan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir di Wisma PKPS di sini.

Mengulas mengenai kaedah bantuan Teras kepada asnaf katanya, pihak Teras memberikan bantuan modal kewangan, kenderaan juga latihan kepada asnaf untuk berniaga.

“Teras akan memantau perkembang­an asnaf ini dalam tempoh dua tahun bergantung kepada potensi perniagaan.

“Sekiranya asnaf ini berjaya, kenderaan (lori perniagaan) diserahkan kepada mereka. Tetapi jika sebaliknya (gagal) mereka perlu kembalikan semua kenderaan itu.

Pada majlis sama Teras menyerahka­n bayaran dividen bagi tahun 2021 berjumlah RM192,186 kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

 ?? ?? IBRAHIM (dua dari kiri) diiringi Dr Anhar (tiga dari kiri) bersama penerima cek pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Strategik Teras dan Pelancaran Portal MyTERAS Shop di Shah Alam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
IBRAHIM (dua dari kiri) diiringi Dr Anhar (tiga dari kiri) bersama penerima cek pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Strategik Teras dan Pelancaran Portal MyTERAS Shop di Shah Alam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia