Harian Metro

Kerajaan beri kebenaran khas eksport ayam

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi kebenaran khas untuk mengekspor­t ayam selepas mengadakan perbincang­an lanjut dengan pemain industri.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) dalam kenyataann­ya semalam berkata, kebenaran eksport diberikan untuk ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam sahaja.

Menurutnya, eksport juga dibenarkan untuk semua produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock.

“Kerajaan menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuatkua­sa.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanak­an oleh pegawai penguatkua­sa Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan sebarang aktiviti untuk mengekspor­t komoditi berkenaan tidak dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, barangan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit dan sebarang penyalahgu­naan terhadap kebenaran khas ini boleh diambil tindakan mengikut Subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n 2011 (Akta 728).

Katanya, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia