Harian Metro

RM44.054j baiki rumah akibat banjir besar

-

Kuantan: Sebanyak RM44.054 juta diperuntuk­kan bagi kerja-kerja pembinaan dan pembaikan struktur rumah di negeri ini yang terkesan akibat banjir besar hujung tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, selain kerajaan negeri, peruntukan juga diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutua­n menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) serta Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di samping sumbangan Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kerja verifikasi dan pembaikan kerosakan rumah telah bermula seawal Januari lepas dan dijangka selesai Ogos ini, manakala kerja-kerja pembinaan rumah baharu akan bermula Jun ini dengan jangkaan selesai selewat-lewatnya September,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia