Harian Metro

Dua polis cedera dirempuh tokan dadah

-

Sungai Petani: Bimbang dicekup, seorang lelaki dipercayai pengedar dadah merempuh kenderaan dinaiki anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi di Taman Ria Jaya, seorang pegawai berpangkat inspektor dan anggota berpangkat lans koperal cedera terkena serpihan kaca cermin kereta yang pecah akibat dirempuh kenderaan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an ditahan sepasukan anggota BSJN di tepi jalan Lorong Gemelan.

“Bagaimanap­un, suspek yang memandu Proton Perdana enggan berhenti dan bertindak agresif melanggar kenderaan dinaiki sepasukan anggota polis berkenaan.

“Akibatnya, seorang pegawai cedera di tangan, manakala seorang lans koperal cedera di lutut kanan selepas terkena serpihan cermin kereta,” katanya.

Menurutnya, anggota polis mengejar suspek yang ketika itu terus memecut kereta ke kawasan Kampung Haji Wahab sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampira­n.

“Suspek meninggalk­an kereta di tepi jalan dan menghilang­kan diri dengan masuk ke dalam kawasan semak berhampira­n.

“Kita merampas dan membawa kenderan itu ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan pemeriksaa­n dalam kereta tidak menemui benda terlarang,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, suspek dikenal pasti dan usaha mengesanny­a giat dijalankan.

“Pemeriksaa­n dalam kereta tidak menemui benda terlarang Zaidy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia