Harian Metro

Najib lantik diri Pengerusi BOA

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa memberitah­u Mahkamah

Tinggi semalam, Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Siti Zauyah yang memberikan keterangan sebagai saksi ke-26 pendakwaan berkata, dalam syarikat Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) selain 1MDB, menteri kewangan tidak terbabit secara langsung. “Saya sahkan, dalam syarikat MKD yang lain, hal seperti ini tidak berlaku,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya. Menurut saksi itu, tiada mana-mana pegawai Kementeria­n Kewangan atau daripada bahagian MKD dilantik untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam 1MDB.

Sementara itu. Siti Zauyah berkata, bidang kuasa MKD secara jelas dinyatakan di dalam Undang-Undang Malaysia, Akta 375, Akta Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) 1957.

Beliau berkata, seksyen 3 (1) akta itu menyatakan, menteri kewangan bertanggun­gjawab dalam hal kewangan atas nama badan korporat di bawah MKD, oleh itu mengikut seksyen 3(2) akta sama, ia boleh menyaman dan disaman. Katanya, apabila terdapat satu dokumen atau apa-apa resolusi, persetujua­n atau arahan yang dibuat oleh seseorang Menteri Kewangan

(Diperbadan­kan) kepada sesebuah syarikat MKD, ia dianggap sah dan satu bentuk kelulusan.

“Selain itu, MKD sebagai pemegang saham tunggal kepada sebuah syarikat milik Kerajaan tertakluk kepada Akta 125, Akta Syarikat 1965. Oleh demikian, kuasa MKD sebagai pemegang saham tertakluk juga kepada perincian di dalam akta syarikat berkenaan,” katanya.

Siti Zauyah memberikan keterangan terhadap Najib 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya mendapatka­n suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

 ?? ?? SITI Zauyah
SITI Zauyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia