Harian Metro

Norlia anggap Hamid sebagai abang sendiri

-

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Norlia Ghani (gambar) berkongsi detik akhir pertemuann­ya dengan Allahyarha­m Hamid Gurkha, dua hari sebelum pelawak itu menghembus­kan nafas terakhirny­a petang kelmarin.

Norlia, 74, ketika dihubungi berkata, Hamid sempat bergurau dengannya pada ketika itu, namun tidak terlalu banyak bercakap.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah dua hari sebelum dia meninggal dunia. Saya sempat menziarahi­nya di rumah dan dia sempat bergurau dengan saya.

“Dia minta duit raya dan saya pun berikan duit raya kepadanya. Saya pesan kepadanya jangan beli aiskrim,” katanya kepada Harian Metro.

Pernah berganding­an dalam filem Sikit Punya Gila yang ditayangka­n pada 1982, Norlia menganggap arwah Hamid seperti abangnya.

“Saya dan dia sama-sama orang Klang dan sejak saya kecil lagi, saya dah kenal arwah sebab dia kawan baik bapa saya. Dulu, saya panggil dia pak cik, tapi bila dah berlakon bersama, saya panggil dia abang.

“Dia umpama abang kepada saya dan selalu mengambil berat. Kalau ada apa-apa program pun, kami kerap berganding­an selain berlakon bersama. “Kalau ada program bersama, dia akan bawa cekodok masakan isterinya, Kak Timah sebab dia tahu saya suka cekodok. Memang isteri dan anaknya terutamany­a yang bongsu, kenal dengan saya,” katanya.

Terbaharu, Norlia baru sahaja selesai menjalani penggambar­an untuk telefilem berjudul Terbuka Pintu Syurga arahan pengarah Rashid Sibir.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia