Harian Metro

Juadah sawit

Makanan sira tradisiona­l penduduk Felda ketika tiada makanan

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Kedengaran agak janggal apabila buah kelapa sawit dijadikan juadah makanan dan manisan. Namun ia menjadi antara ‘juadah’ tradisiona­l bagi penduduk di tanah rancangan Felda.

Peneroka, Izhar Yaacub, 64, dari Felda Raja Alias Dua di sini, berkata, makanan sira buah sawit itu mengembali­kan nostalgia zaman kanak-kanak ketika dia tinggal di sebuah kampung di Muar, Johor.

Katanya, kehidupan yang susah ketika itu menyebabka­n arwah ibunya menjadi kreatif terutama apabila terputus bekalan makanan.

“Pernah suatu ketika sewaktu saya berusia 10 tahun, bekalan makanan langsung tiada menyebabka­n arwah ibu memasak buah sawit sebelum diberi makan kepada anak.

“Kedengaran agak pelik namun itu antara juadah yang disediakan sekiranya keluarga terputus atau ketiadaan makanan di rumah,” katanya yang juga peniaga makanan.

Izhar berkata penyediaan makanan pencuci mulut itu sangat mudah dan mengambil masa kurang 75 minit untuk disiapkan.

Katanya, proses penyediaan bermula dengan memilih buah sawit yang cukup masak terutama yang jatuh dari tandannya.

“Ia perlu dibersihka­n terlebih dahulu dan kemudian direbus selama 60 minit bergantung berapa banyak buah direbus.

“Sebaik buah sawit menjadi lembut, air rebusan dibuang dan buah perlu dimasak sekali lagi bersama campuran gula pasir. Ia digaul selama tiga minit,” katanya. Izhar berkata, buah sawit itu boleh dimakan begitu sahaja dan memiliki rasa lemak dan manis.

“Resepi arwah ibu itu masih diingati hingga hari ini. Kebiasaan ia menjadi hidangan rakan yang singgah di kedai makan saya,” katanya.

Shah Alam: Tiga individu termasuk seorang penjawat awam ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu dilakukan sekitar tahun 2021.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu disyaki terbabit dalam urusan mengemukak­an dokumen mengandung­i butiran palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta atas seorang penama sedangkan tiada tuntutan insurans dibuat penama terbabit.

Kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor petang kelmarin.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu dan berkata kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 ?? ?? IZHAR (tengah) bersama rakan menikmati sira kelapa sawit.
IZHAR (tengah) bersama rakan menikmati sira kelapa sawit.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia