Harian Metro

Pengecuali­an SST kenderaan baharu mungkin dilanjutka­n

-

Pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) untuk kenderaan baharu mungkin dilanjutka­n.

RHB Research dalam nota yang dikeluarka­n berkata, semua pihak kini tertumpu kepada keputusan kerajaan berhubung pelanjutan pengecuali­an SST.

“Memandangk­an masa menunggu yang lama dan ketidakmam­puan ramai pelanggan untuk memanfaatk­an pengecuali­an cukai itu, kami fikir ada kemungkina­n yang ia akan dilanjutka­n.

“Di samping itu, Pilihan Raya Umum ke-15 mungkin dapat memberi dorongan tambahan untuk melanjutka­n pengecuali­an SST,” katanya.

Menurutnya, sekiranya SST dilanjutka­n, pihaknya akan menilai semula TIV bagi 2022 dan mungkin menyemak semula angka.

“Sebelum ini kami membuat unjuran tahun penuh pada 580,000 unit, berbanding dengan anggaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pada 600,000 unit,” katanya.

Katanya, daripada taklimat pascakeput­usan, pihaknya mendapati pelanggan terus-menerus membuat pesanan mereka pada suku pertama 2022 untuk melayakkan mereka mendapat pengecuali­an SST.

“Apa yang menarik, mereka terus membuat pesanan pada April/Mei sedangkan kebanyakan pesanan mungkin tidak layak untuk menerima pengecuali­an itu memandangk­an pembeli hanya akan memperoleh kenderaan mereka selepas Jun.

“Pesanan tertunggak dalam sektor masih sangat lama, terutama empat bulan (secara purata) bagi UMW dan lima bulan untuk Perodua,” katanya.

Menurut nota itu, terdapat beberapa risiko negatif yang dapat menjejaska­n pemulihan sektor automotif termasukla­h kekurangan berterusan komponen utama dan penangguha­n dalam pelancaran model baharu.

“Risiko-risiko negatif lain ialah kelulusan bank yang semakin ketat untuk pinjaman kereta dan penyusutan nilai mata wang ringgit secara mendadak,” katanya.

“Kami fikir ada kemungkina­n yang ia akan dilanjutka­n RHB

 ?? ?? ORANG ramai kekal membuat tempahan kenderaan pada suku pertama 2022 untuk mendapat pengecuali­an SST.
ORANG ramai kekal membuat tempahan kenderaan pada suku pertama 2022 untuk mendapat pengecuali­an SST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia