Harian Metro

Matrade komited bantu kukuh PMKS

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) terus membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk memperkuku­h daya saing global mereka melalui sesi bimbingan program pembanguna­n pengekspor­t oleh lepasan Program Pembanguna­n Syarikat di Peringkat Pertengaha­n.

Program itu menyasarka­n syarikat berorienta­sikan eksport dengan perolehan tahunan antara RM50 juta hingga RM500 juta untuk syarikat pembuatan dan RM20 juta hingga RM500 juta bagi syarikat perkhidmat­an.

Pengarah Kanan Bahagian Transforma­si dan Perdaganga­n Digital Khairul Annuar Abdul Halim berkata kelestaria­n telah menjadi agenda penting untuk mendorong pengekspor­t Malaysia memanfaatk­an rantaian bekalan global bagi mengukuhka­n kedudukan mereka di peringkat antarabang­sa.

“Berdasarka­n maklum balas yang diterima daripada sesi sebelum ini, program interaktif ini berperanan sebagai platform perkongsia­n ilmu di antara Syarikat di Peringkat Pertengaha­n (MTC) dengan PMKS,” katanya dalam kenyataan.

Khairul Annuar berkata program itu menyokong hubungan yang lebih erat di antara PMKS dengan MTC, membantu membina rantaian bekerja dan akhirnya, membolehka­n PMKS menyertai rantaian bekalan global MTC, memantapka­n kedudukan global PMKS.

Kuala Lumpur:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia