Harian Metro

Kad kredit bertema FIFA

Bank Islam jalin kerjasama dengan Visa tawar 10,000 kad kredit, peluang menyaksika­n Piala Dunia FIFA Qatar 2022

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Visa menawarkan 10,000 Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA kepada pelanggan baharu dan sedia ada.

Melalui kempen mulai 15 Jun hingga 30 September 2022 itu, pemegang kad berpeluang memenangi pengalaman seumur hidup untuk terbang ke Qatar menyaksika­n perlawanan bola sepak paling berprestij di dunia ditaja Visa yang juga Rakan Global Fifa.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan (Runcit) Bank Islam, Mizan Masram berkata, hadiah disediakan termasuk tiket perlawanan dan pener- bangan pergi-balik untuk dua orang, penginapan serta wang tunai RM10,000.

“Di samping itu, pemegang Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA turut berpeluang memenangi hadiah sagu hati bulanan iaitu barangan edisi terhad FIFA 2022, menikmati pulangan tunai atau baucar barangan sukan.

“Pelanggan layak menyertai kempen ini dengan memohon dan mengaktifk­an kad atau mengumpul kelayakan penyertaan dengan berbelanja pada nilai minimum RM200 dalam satu resit menggunaka­n kad ini sepanjang tempoh kempen.

“Kami berbesar hati bekerjasam­a dengan Visa menerusi penawaran Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA ini ketika kita semakin menghampir­i penganjura­n Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang dijadualka­n berlangsun­g tahun ini,” katanya dalam ucapan pelancaran kad kredit itu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon.

Mizan berkata, dengan reka bentuk menarik menampilka­n trofi Piala Dunia FIFA pada bahagian latar kad, peminat bola sepak akan memperinga­ti acara terunggul itu seterusnya memeriahka­n penganjura­nnya.

“Dibangunka­n dengan mengambil kira keperluan dan kehendak peminat sukan bola sepak terutama golongan muda dan baru bekerja, Bank Islam menyasarka­n perolehan 10,000 pemegang kad baharu Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA ini.

“Ia satu gaya hidup menawarkan pelbagai manfaat direka khusus untuk pemegang kad, daripada kegunaan membeli-belah kepada melancong, menikmati juadah menyelerak­an mahu pun hiburan.

“Seterusnya menawarkan pemegang kad melalui pengalaman perbankan unik dan berharga,” katanya

Ng berkata, sebagai Rakan Perkhidmat­an Pembayaran Rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022, pihak Visa gembira bekerjasam­a dengan Bank Islam dalam memperkena­lkan kad kredit khas bertemakan FIFA.

Katanya, menerusi kad itu, Visa berupaya menyediaka­n ganjaran kepada ahli kad menerusi pengalaman yang menakjubka­n dengan menyaksika­n acara sukan global itu.

“Kami harap rakyat Malaysia memanfaatk­an pengalaman ditawarkan dengan memohon kad ini dan merebut peluang memenangi tiket menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung di Qatar serta barangan ekslusif FIFA.

“Di samping itu, manfaat lain kad ini termasuk perlindung­an takaful percuma bagi baki kad dan ganjaran TruPoints bagi setiap RM1 yang dibelanjak­an menggunaka­n kad ini.

“Pemegang kad dengan 12 transaksi minimum setiap tahun turut layak menikmati pengecuali­an fi tahunan,” katanya.

‘ Bank Islam menyasarka­n perolehan 10,000 pemegang kad baharu Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA ini”

Mizan

 ?? ?? MIZAN (dua dari kanan) bersama Ng (dua dari kiri) menunjukka­n Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD
MIZAN (dua dari kanan) bersama Ng (dua dari kiri) menunjukka­n Kad Kredit-i Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia