Harian Metro

AAX sasar dua tahun lagi pulih sepenuhnya

-

Kuala Lumpur: AirAsia X Bhd (AAX) menyasar berupaya pulih dengan kapasiti penumpang kembali ke tahap pra-Covid-19 dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Benyamin Ismail (gambar) berkata, sasaran itu adalah berdasarka­n kepada penyambung­an semula operasi penerbanga­n jarak jauh itu pada awal tahun ini.

Beliau berkata, ia juga seiring dengan peningkata­n semula permintaan untuk perjalanan jarak jauh disebabkan banyak negara sudah membuka kembali pintu sempadan antarabang­sa mereka.

Katanya, selepas dua tahun terpaksa menggantun­g penerbanga­n AAX, kumpulan terus optimis dan teruja untuk kembali menjadi antara pemain utama segmen penerbanga­n jarak jauh.

“Bagaimanap­un kami masih perlu berhati-hati dalam meningkatk­an kapasiti kami. AAX perlu terlebih dahulu memastikan laluan yang dituju itu mampu memberikan nilai semula.

“Melalui penilaian dan perancanga­n yang dilaksanak­an AAX, kami mengunjurk­an bahawa akan mencapai tahap sebelum Covid-19 dalam masa dua tahun.

“Jika pasaran kembali melonjak lebih pantas, sudah tentu kami akan mempercepa­tkan segala perancanga­n. Namun jika ia bergerak secara sederhana, kami akan mengambil masa kami untuk mencapai kapasiti sebelum Covid-19,” katanya selepas majlis pelancaran semula AAX di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk

Kamarudin Meranun dan Presiden (Komersial) Capital A, Colin Currie.

Ketika ditanya mengenai langkah AAX untuk mengambil semula kakitangan­nya yang diberhenti­kan sebelum ini, Benyamin berkata ia sentiasa menjadi keutamaan kepada pihaknya termasuk AirAsia.

Beliau berkata, ketika ini AAX ingin memperkuku­hkan semula operasi penerbanga­nnya dengan tenaga kerja yang sedia ada.

“Jika AAX dapat kembali meningkat dengan mendadak, mencapai sasaran penggunaan pesawat dan memerlukan kembali tenaga kerja, sudah tentu kami akan membuka semula peluang pekerjaan ini,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia