Harian Metro

Art’otel pertama UK di Battersea

-

Kuala Lumpur: Art’otel pertama di United Kingdom akan dibuka di Stesen Janakuasa Battersea pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Developmen­t Company (BPSDC), Simon Murphy berkata, Art’otel memainkan peranan penting dalam kejiranan tebing sungai baharu dibangunka­n itu.

“Sebaik sahaja hotel dibuka pada akhir tahun ini, ia menjadi tempat unik untuk menginap dan menjamu selera dengan kolam renang atas bumbung yang menakjubka­n yang menghadap ke empat cerobong terkenal di Stesen Janakuasa dan seni rekaan dalaman yang diilhamkan oleh Hayon Studio,” katanya.

Pengasas Hayon Studio, Jaime Hayon berkata, pihaknya sangat teruja untuk membangunk­an reka bentuk dalaman untuk projek hotel London di Battersea Power Station yang akan menjadi hab baharu untuk seni dan kreativiti.

“Peranan utama seni di Art'otel London Battersea Power Station menjadikan ini prospek unik untuk meneroka interaksi antara seni, produk dan reka bentuk dalaman dan saya tidak sabar untuk mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa di lokasi ikonik di tengah-tengah London ini," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia