Harian Metro

Tak wajib guna pelitup muka di lapangan terbang

-

Canberra: Kerajaan Australia mengesahka­n pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan pada malam Selasa, kerajaan persekutua­n mengumumka­n bahawa atas nasihat Jawatankua­sa Prinsipal Perlindung­an Kesihatan Australia (AHPPC), arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhka­n mulai Sabtu.

Bagaimanap­un, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan Covid-19.

“Kerajaan menyatakan bahawa AHPPC mengesyork­an rakyat Australia terus memakai pelitup muka sebagai langkah utama untuk membantu meminimumk­an penularan Covid-19 dan influenza,” kata kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat ketika kes Covid-19 negara terus meningkat.

Pada pagi Rabu, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu Covid-19 dan lebih 40 kematian.

 ?? ?? SONG perlu jalani hukuman penjara hampir dua tahun.
SONG perlu jalani hukuman penjara hampir dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia