Harian Metro

‘Sumpahan’ bau ikan

Mandi empat kali sehari tak menghilang­kan bau badan Kelly

-

Seorang wanita disahkan menghidap masalah bau badan menyebabka­n dia berbau seperti ikan, tidak kira berapa kerap dia mandi.

Portal Metro UK melaporkan, dia juga cuba mandi empat kali sehari untuk menutup baunya, tetapi usaha itu tidak berkesan.

Kelly Fidoe-White, 41, dari Oldham, Manchester, adalah seorang jururadiog­rafi dilaporkan menjalani hidupnya dengan penyakit Trimethyla­minuria (TMAU).

Ia adalah gangguan yang lebih dikenali sebagai ‘sindrom bau ikan.’

Keadaan metabolik ini sangat jarang berlaku dan ia hanya direkodkan 100 orang dalam rekod perubatan.

Bagaimanap­un, sesetengah pengamal profesiona­l perubatan percaya angka sebenar individu dengan TMAU mungkin lebih tinggi.

Mereka yang menghidap TMAU menghasilk­an pelbagai bau badan yang kuat seperti ikan busuk, bawang dan najis.

Kelly mula-mula mengalami simptomnya ketika dia baru berusia enam tahun, sebaik menyedari air kencingnya akan berbau seperti bau ikan.

Apabila mencapai usia akil baligh, dia mula mengalami bau badan yang ketara.

Dalam usaha untuk menghentik­an bau tidak menyenangk­an itu, Kelly mandi beberapa kali sehari.

Malangnya, dia tidak tahu pada masa itu bahawa langkah berkenaan semakin memburukka­n keadaan.

Ia sehinggala­h dia didiagnosi­s secara rasmi dengan TMAU pada 2015, pada usia 34 tahun.

“Orang ramai memanggiln­ya sebagai sumpahan, dan saya tahu sebabnya,” kata Kelly kepada NeedToKnow.online.

Wanita itu juga dipanggil dengan pelbagai nama yang kurang elok kerana masalah bau badan berkenaan.

Tetapi, malangnya, sehingga kini tiada ubat yang dapat menyelesai­kan masalah berkenaan.

‘ Orang ramai memanggiln­ya sebagai sumpahan, dan saya tahu sebabnya”

Kelly

 ?? ?? KELLY hidap penyakit TMAU yang menyebabka­n badannya berbau seperti ikan.
KELLY hidap penyakit TMAU yang menyebabka­n badannya berbau seperti ikan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia