Harian Metro

Lelaki dijel curi duit hadiah kahwin

-

Beijing: Seorang lelaki di China dipenjara selama hampir dua tahun selepas mencuri wang daripada bapa pengantin di mana wang berkenaan mahu dijadikan hadiah perkahwina­n untuk rakannya.

South China Morning Post melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Song dari wilayah Shaanxi di barat laut China.

Dia dijatuhi hukuman penjara setahun sembilan bulan dan denda 3,000 yuan (RM1,970) kerana mencuri 25,000 yuan (RM16,424) daripada salah seorang rakan sekelasnya bernama Zhou.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman itu pada 30 Mei lalu.

Menurut laporan portal berkenaan, majlis makan malam bagi meraikan perkahwina­n Zhou diadakan di sebuah hotel tempatan.

Tetapi sebelum majlis bermula, Song tiba di rumah Zhou dan ketika di sana, dia memasuki bilik tidur bapa rakannya itu tanpa disedari oleh sesiapa.

Song mengunci pintu dan melihat almari pakaian dengan laci berkunci.

Dia membuka laci dan mendapati sejumlah besar wang dipercayai hadiah perkahwina­n untuk pasangan itu.

Song membahagi-bahagikan wang itu, dan menyembuny­ikan 3,700 yuan (RM2,431) di dalam kotak berhampira­n balkoni bilik tidur, sebelum meninggalk­an bilik tidur dengan baki wang.

Dia kemudian pergi ke hotel untuk jamuan perkahwina­n dengan keluarga Zhou.

Pada majlis itu, Song memberikan 500 yuan yang dicurinya itu kepada pengantin baharu sebagai hadiah perkahwina­n.

Dia kemudianny­a menyamar sebagai rakan yang bermurah hati apabila meminjamka­n 5,000 yuan (RM3,285), juga menggunaka­n wang yang dicuri, kepada Zhou.

Selepas majlis tamat, Song terus menghabisk­an wang yang dicurinya sebelum dia ditahan polis.

Difahamkan, Song mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah dua kali dipenjarak­an pada 2018 dan pada 2020. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia