Harian Metro

ENGGAN BERSELINDU­NG

Dini tak kisah kemenangan anugerah dikaitkan dengan peminat Janna Nick, mahu kerja keras

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Baharu empat tahun terjun ke dunia lakonan, Dini Schatzmann kini bukan saja selesa, namun namanya juga semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan hingga melayakkan dia memenangi anugerah dipertandi­ngkan.

Dini berjaya meraih trofi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021), barubaru ini. Baginya, ia rezeki yang tidak diduga sekali gus menjadi pemangkin semangat untuk terus mempersemb­ahkan lakonan terbaik.

“Kemenangan ini adalah batu loncatan buat saya melakukan yang lebih baik dalam karier lakonan untuk terus maju. Saya akan bekerja lebih gigih lagi demi mencapai ‘standard’ tersendiri sebagai pelakon.

“Saya tahu perlu meningkatk­an usaha yang tinggi untuk mengasah bakat lakonan diri kerana tidak semua pelakon memiliki bakat semula jadi. Seperti saya, bakat ini perlu diasah lagi untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Dini yang berdarah campuran Malaysia di sebelah ibu dan bapa dari Switzerlan­d berkata, apa yang diraihnya dalam karier sekarang tidak mudah.

Katanya, pada awal dulu dia perlu mengikuti kelas Bahasa Melayu kerana tidak fasih dan tidak faham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia