Harian Metro

FAHAMI RISIKO LEPAS RAWATAN

Kesan Vasektomi hampir kekal, berkemungk­inan tinggi penerima rawatan tak dapat mempunyai zuriat

-

DARI MUKA 31

“Selain itu, ia tidak mengubah perasaan seksual kepada pasangan dan tiada perubahan ketara kepada air mani. The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) turut mengesyork­an untuk menunggu sekurangku­rangnya seminggu daripada melakukan aktiviti seksual atau lasak supaya luka sembuh sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, kaedah itu turut terdapat kelemahan apabila vasektomi hampir kekal dan berkemungk­inan tinggi tidak akan dapat mempunyai anak lagi. Kaedah pembalikan vasektomi melalui operasi pembedahan adalah sebagai alternatif.

“Pemakaian kondom masih perlu untuk melindungi daripada penyakit STD. Seperti mana-mana pembedahan, berkemungk­inan mengalami bengkak kecil, pendarahan, jangkitan dan komplikasi lain namun jarang situasi sebegini berlaku.

“Digalakkan mengenakan pakaian dan seluar dalam yang longgar untuk membantu skrotum segera pulih serta penjagaan kebersihan perlu dititik beratkan,” katanya.

Jelasnya lagi, individu yang melakukan kaedah itu perlukan rehat dan elakkan daripada aktiviti lasak serta mengangkat berat dalam tempoh lebih kurang seminggu.

“Vasektomi mungkin adalah pilihan yang baik sekiranya mempunyai keluarga yang lengkap dan tidak mahu anak lagi, mempunyai penyakit keturunan dan jika pasangan hamil atau khuatir akan membahayak­an kesihatan pasangan,” katanya.

Katanya, sebelum membuat keputusan untuk meneruskan vasektomi, adalah wajar mempertimb­angkan risiko. Pertama, vasektomi adalah kekal. Pembalikan vasektomi untuk mengubah kembali kepada keadaan sebelum pembedahan boleh dilakukan tetapi kadar kejayaan hanya sekitar 75 peratus jika dilakukan dalam tempoh tiga tahun, 55 peratus jika dilakukan dalam tempoh tiga hingga lapan tahun dan 35 peratus dalam sembilan hingga 19 tahun.

“Kadang-kala hematoma atau pembekuan darah boleh terbentuk di dalam skrotum. Ia boleh menyebabka­n kesakitan dan bengkak berkemungk­inan memerlukan pembedahan untuk mengeluark­an darah beku,” katanya.

Pakar itu berkata, terdapat risiko jangkitan selepas vasektomi apabila bakteria memasuki bahagian skrotum. Sekiranya skrotum menjadi merah atau lembut dan mempunyai gejala demam perlu segera berjumpa doktor.

Tambahnya, risiko seseorang mendapat kanser selepas vasektomi adalah sangat kecil.

Kajian tahun 2019 selama 38 tahun meliputi lebih

2.1 juta lelaki Denmark mendapati peningkata­n kecil tetapi ketara secara statistik dalam kanser prostat dalam kalangan lelaki yang menjalani vasektomi.

“Penyelidik tidak tahu mengapa risiko ini wujud atau sama ada faktor lain untuk menjelaska­n dengan lebih terperinci mengenai risiko berkenaan.

Selain itu boleh berlaku anjal (menarik keluar) yang dipanggil coitus interruptu­s dalam bahasa Latin.

“Anjal adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran tertua dan paling mudah tetapi antara salah satu cara yang kurang berkesan. Kaedah anjal tiada kesan sampingan dan kos,” katanya.

Katanya kaedah anjal berfungsi hanya 78 peratus. Jadi pada tahun tertentu, 22 daripada 100 pasangan yang mengikut kaedah ini untuk menjarakka­n kelahiran berakhir dengan kehamilan.

Selain itu, antara kaedah yang boleh dilakukan adalah spermisida iaitu bahan yang membunuh sperma. Apabila seseorang menggunaka­nnya sebagai kaedah kontrasept­if tunggal, mereka perlu menyapu spermisida ke dalam faraj.

“Dengan penggunaan biasa, spermisida gagal kira-kira 21 peratus sepanjang masa. Bagaimanap­un, mereka boleh meningkatk­an keberkesan­annya dengan menggunaka­nnya bersama kondom

“Pilihan tertakluk kepada keperluan dan pasangan dinasihatk­an untuk mendapatka­n nasihat Doktor sebelum memilih kaedah yang berkesan dalam menjarakka­n atau menghalang kehamilan daripada berlaku agar keharmonia­n rumah tangga berkekalan dalam suasana yang harmoni,” katanya.

 ?? FOTO | SUMBER GOOGLE ?? KEPUTUSAN untuk merancang keluarga perlu mendapat persetujua­n kedua-dua belah pihak.
FOTO | SUMBER GOOGLE KEPUTUSAN untuk merancang keluarga perlu mendapat persetujua­n kedua-dua belah pihak.
 ?? ?? BEBERAPA kaedah yang boleh dilakukan lelaki dalam merancang keluarga.
BEBERAPA kaedah yang boleh dilakukan lelaki dalam merancang keluarga.
 ?? ?? Terdapat pelbagai kaedah untuk lelaki merancang keluarga.
Terdapat pelbagai kaedah untuk lelaki merancang keluarga.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia