Harian Metro

‘Ini bukan masa untuk panik’

-

Pengurus England, Gareth Southgate menerima tanggungja­wab di atas kekalahan terburuk Three Lions di tempat sendiri sejak 1928 apabila tewas 0-4 di tangan Hungary, awal pagi semalam.

Barisan pemain Southgate kini berdepan penyingkir­an daripada saingan teratas Liga Negara-Negara UEFA selepas gagal meraih sebarang kemenangan dari empat perlawanan.

Namun beliau menyeru peminat untuk terus kekal menyokong pemainnya menjelang Piala Dunia Qatar 2020 dalam tempoh empat bulan.

“Saya benar-benar faham, malam ini adalah pengalaman yang mengecewak­an,” kata Southgate yang menjadi sasaran kemarahan penonton di Molineux.

“Saya boleh katakan kumpulan pemain ini berjuang untuk negara dan yang penting penyokong terus kekal bersama mereka kerana mereka akan menjadi lebih kuat pada masa hadapan.”

England melepasi jangkaan apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan mara ke final kejohanan besar buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun di Euro 2020, musim panas lalu.

Sementara itu, kapten England, Harry Kane meminta penyokong supaya bersabar dan tidak panik.

“Ini bukan masa untuk panik,” katanya yang menolak sebarang cadangan bahawa Southgate harus dipecat.

“Ia adalah malam untuk dilupakan, tetapi kita perlu menghadapi­nya dengan tenang. Kita perlu terus bergerak ke hadapan.

“Kami kini dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan besar Piala Dunia dan itu lebih penting.”

Hungary memastikan kemenangan pertama mereka mengatasi England dalam 60 tahun di Budapest, 10 hari lalu diikuti kemenangan pertama di England sejak kejayaan 6-3 di Wembley pada 1953.

 ?? ??
 ?? ?? PEMAIN Hungary bersorak selepas membelasah England 4-0.
PEMAIN Hungary bersorak selepas membelasah England 4-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia