Harian Metro

Slot terakhir milik Costa Rica

-

Doha: Costa Rica menjadi pasukan terakhir layak ke Piala Dunia tahun ini apabila gol awal Joel Campbell memastikan kemenangan pasukan dari Amerika Tengah itu, 1-0 ke atas New Zealand dalam aksi playoff, awal pagi semalam.

Bekas penyerang Arsenal, Campbell menjaringk­an gol pada minit ketiga di Doha dan New Zealand yang terpaksa bermain dengan 10 pemain pada babak kedua gagal mencari gol penyamaan walaupun mendominas­i perlawanan.

Costa Rica akan berdepan Jerman, Sepanyol dan Jepun dalam aksi Kumpulan E yang dilihat antara kumpulan maut pada kejohanan di Qatar, pada November ini.

Kemenangan itu membawa Costa Rica ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut daripada enam penyertaan mereka di kejohanan terbesar itu.

Kejayaan terbesar mereka setakat ini adalah mara ke suku akhir pada 2014.

Jiran New Zealand, Australia mengambil tempat ke-31 dalam kelayakan ke Piala Dunia di stadium sama, kelmarin, apabila mengatasi Peru 5-4 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir 0-0.

 ?? ?? CAMPBELL (kiri) jaring gol tunggal perlawanan.
CAMPBELL (kiri) jaring gol tunggal perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia