Harian Metro

Agong zahir ucapan tahniah

-

Kuala Lumpur: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan setinggiti­nggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulati­han atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirka­n rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang telah dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir kelmarin.

Al Sultan Abdullah turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada penyokong atas sokongan padu yang diberikan kepada skuad Harimau Malaya dalam perjuangan mengakhiri penantian selama 42 tahun.

“Seri Paduka menzahirka­n harapan semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat buat skuad kebangsaan untuk lebih bekerja keras mencapai hasil yang terbaik di kejohanan Piala Asia 2023 kelak.

“Seri Paduka mendoakan semoga skuad kebangsaan memperoleh kejayaan dan melakarkan sejarah baharu di kejohanan tersebut. Tahniah dan teruskan perjuangan di kejohanan Piala Asia 2023!” menurut kenyataan itu.

 ?? ?? COOLS menanduk bola ke gawang ketika menentang Bangladesh.
COOLS menanduk bola ke gawang ketika menentang Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia