Harian Metro

Langkah tepat

Cools sanggup ‘mati’ demi lencana di dada

-

Kuala Lumpur

Pertahanan berdarah kacukan MalaysiaBe­lgium, Dion Cools langsung tidak menyesal memilih skuad Harimau Malaya berbanding Belgium yang kini menghuni tangga kedua ranking Fifa.

Cools, 26, sebelum ini pernah menyarung jersi skuad bawah 18, 19 dan 21 tahun Belgium dari 2014-2019. Katanya, dia juga sebenarnya sanggup ‘mati’ demi lencana di dada kerana dalam tubuhnya turut mengalir darah Malaysia dan itu tidak boleh disangkal.

“Saya tidak menyesal apabila memilih untuk mewakili Malaysia dan saya sanggup mati untuk negara,” katanya pada sidang media selepas aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam aksi itu, skuad negara berjaya membenam Bangladesh 4-1 dengan Cools sendiri turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-38.

Ketika ditanya mengenai jaringan sulungnya di pentas antarabang­sa bersama pasukan negara, dia mengakui cukup teruja dan mahu menjaringk­an lebih banyak gol selepas ini.

“Untuk menjaringk­an gol pertama sungguh mengujakan dan sepatutnya mungkin boleh jaringkan gol lebih hari ini (kelmarin). Setiap pemain yang beraksi untuk negara perasaanny­a berbeza, di mana seluruh negara berada di belakang walaupun di kelab juga ada (penyokong). “Ini kenangan paling terindah dan saya akan ingatinya sampai bila-bila.

Ia kenangan terindah dan saya gembira dengan prestasi sekarang dan berharap dapat jaringkan lagi gol,” katanya yang turut dijulang sebagai pemain terbaik perlawanan.

Untuk rekod, sepanjang bermain untuk skuad remaja Belgium, dia sudah meledak enam gol daripada 28 penampilan buat skuad B-18, 19 dan 21 negara Eropah itu.

Dion Cools

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia