Harian Metro

Ada ahli keluarga aktif dalam Umno

-

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan peguam kanan (QC) dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk bagi mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewen­gan dana berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Wan Ahmad Farid berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakka­n kesangsian persepsi awam terhadap kebebasan badan kehakiman kerana seorang ahli keluargany­a terbabit secara aktif dalam parti Umno.

Dalam keputusann­ya pada pengurusan kes semalam, Wan Ahmad Farid berkata, persepsi awam terhadap kebebasan badan kehakiman tidak boleh diragui.

Hakim itu berkata, umum mengetahui sebelum dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau ahli politik yang aktif dan pada suatu ketika pernah menjadi ahli pentadbira­n dan Ahli Dewan Negara.

Katanya, ketika menyertai Badan Kehakiman, beliau meletak jawatan daripada parti politik yang pernah disertai dan selepas mengangkat sumpah sebagai anggota badan kehakiman, satu-satunya tugasnya ialah memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

“Bagaimanap­un, saya perlu menyatakan di sini bahawa seorang ahli keluarga terdekat saya ahli politik yang aktif sebagai ketua bahagian dalam parti politik yang sama dengan perayu (Najib).

“Ia bukan mengenai soal percubaan dan kesilapan kerana Badan Kehakiman yang

‘ Bagaimanap­un, saya perlu menyatakan di sini bahawa seorang ahli keluarga terdekat saya ahli politik yang aktif sebagai ketua bahagian dalam parti politik yang sama dengan perayu (Najib)”

bebas adalah anugerah paling berharga kepada mana-mana masyarakat.

“Apabila ia (kebebasan Badan Kehakiman) sudah tidak wujud, maka anarki berleluasa. Oleh itu, kebebasan Badan Kehakiman mesti dipertahan­kan walau dengan apa cara sekalipun.

“Atas sebab dinyatakan di atas, walaupun tiada permintaan dibuat mana-mana pihak di sini (supaya saya menarik diri), saya menarik diri daripada mendengar saman usul pemula ini,” katanya.

Hakim itu berkata, beliau akan memaklumka­n keputusan kepada Hakim Pengurusan yang seterusnya akan menyampaik­an perkara yang sama kepada Hakim Besar Malaya untuk arahan selanjutny­a.

Laidlaw memfailkan permohonan supaya diterima masuk dan didaftar sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melalui firma guamannya, mengikrark­an afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan.

Antara alasan yang dikemukaka­n Muhammad Shafee ialah peguam itu mempunyai kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak boleh didapati dalam kalangan peguam bela dan peguam cara di negara ini.

Ia berikutan rayuan terakhir kes SRC Internatio­nal membabitka­n isu serius, kompleks dan novel iaitu cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembaga­annya, cara pendakwaan dijalankan pihak Pendakwa Raya, penghakima­n kes mahkamah jenayah oleh mahkamah perbicaraa­n dan pentadbira­n sistem Keadilan Jenayah.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalka­n sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitka­n penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal.

Wan Ahmad Farid

 ?? ?? NAJIB didapati bersalah atas tujuh pertuduhan babit penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal.
NAJIB didapati bersalah atas tujuh pertuduhan babit penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia