Harian Metro

‘Monster kod nama Zahid’

- Oleh Faris Fuad am@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi, semalam diberitahu kod nama Monster dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menunjukka­n aliran wang keluar dan masuk syarikat itu merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan bekas Pengurus Pentadbira­n UKSB David Tan Siong Sun, 47, ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, Ahmad Zahid juga mempunyai kod nama Z, ZH, YB, MON dan Young Boy dalam lejar itu yang hanya diketahui oleh beliau bagi memastikan identiti bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak bocor jika buku lejar dilihat individu lain.

“Saya ingin beri penjelasan berhubung beberapa kod nama itu. Macam Monster, ketika itu saya sedang makan snek Mamee Monster, sebab itu saya gunakan kod nama itu.

“YB merujuk Yang Berhormat manakala ZH Zahid Hamidi. Saya gunakan kod nama bagi menteri, ahli politik dan penjawat awam dalam lejar itu. Alasan sama iaitu untuk rahsiakan identiti mereka,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, media melaporkan ‘KJ’ antara individu berprofil tinggi menerima wang daripada UKSB kerana beberapa perkataan itu yang merujuk kepada Khairy Jamaluddin dicatat dalam buku lejar syarikat.

Pada 18 Mei lalu, bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun mengesahka­n syarikatny­a menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermula akhir 2014 dengan bayaran SGD200,000 (RM633,592.85) sebulan kemudian meningkat kepada SGD520,000 (RM1,647,341.41) sebulan pada 2017.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan SGD13.56 juta (RM42.95 juta) daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmat­an Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN serta mengekalka­n kontrak perjanjian membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementeria­n terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatka­n untuk dirinya wang tunai sebanyak SGD1,150,000 (RM3,643,190.64),

RM3 juta, EURO15,000

(RM68,931.47) dan USD15,000 (RM68,898.13) tanpa balasan daripada UKSB yang berkaitan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Siong Sun berkata, beliau menyimpan rekod bayaran kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 manakala lejar disediakan menerusi Microsoft Excel menggunaka­n komputer riba peribadi.

“Saya bukan akauntan terlatih, maka lejar itu hanya untuk rekod wang keluar dan masuk. Ia sebenarnya rekod peribadi saya kerana wang itu membabitka­n jumlah banyak.

“Dalam lejar itu, ada amaun wang yang ada untuk setiap bulan, wang dikeluarka­n dan nama atau kod nama penerima wang. “Kebiasaann­ya, saya uruskan lejar setiap hari tetapi jika sibuk, amaun wan ditulis atas kertas sebelum dimasukkan dalam lejar itu hari berikutnya,” katanya.

 ?? ?? AHMAD Zahid tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah.
AHMAD Zahid tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia