Harian Metro

Pembantu jualan dijel enam tahun

-

Seremban: Seorang pembantu jualan kedai serbaneka dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam, atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan dua tahun lalu.

Tertuduh, Shukri Md Yasin, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang pada ketika itu berusia 13 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor beralamat Kampung Bandar Tinggi Kuala Klawang, Jelebu pada jam 2 pagi 19 Jun 2020 dan jam 3 pagi 20 Jun 2020.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika disabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Norshazwan­i Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan bagaimanap­un hukuman diarahkan berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 20 Jun 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia