Harian Metro

Harian Metro media cetak pilihan pembaca

-

Kuala Lumpur: Harian Metro mengunggul­i kategori media cetak di tempat pertama menerusi capaian mingguan tertinggi sebanyak 29 peratus pembaca dalam seminggu dan turut dibaca sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan capaian 13 peratus pembaca.

Laporan dikeluarka­n Reuters Institute For The Study of Journalism (Edisi ke-11) turut menempatka­n Berita Harian di tempat kedua dengan 28 peratus capaian menjadikan segmen penerbitan Media Prima Bhd menerusi The New Straits Times Press berada dalam dua teratas pilihan pembaca untuk media cetak.

Produk akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times pula dibaca menerusi capaian sebanyak 16 peratus pembaca dalam seminggu dan turut dibaca sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan capaian enam peratus pembaca.

Sementara itu, dalam kategori televisyen, berita TV3 menjadi pilihan utama segmen penyiaran dengan 53 peratus capaian penonton untuk mingguan dan sekurang-kurangnya tiga kali ditonton seminggu yang mencatatka­n 40 peratus capaian tontonan.

Dalam kategori dalam talian pula, Berita Harian dan Harian Metro masing-masing mencatatka­n capaian 26 peratus mingguan oleh warganet.

Berita di dalam talian dan media sosial masih kekal menjadi sumber utama berita di Malaysia dengan masing-masing mencatatka­n 89 peratus dan 75 peratus capaian diikuti penyiaran atau televisyen sebanyak 51 peratus capaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia