Harian Metro

Apa cara terbaik menanganin­ya?

-

Selepas hampir tiga bulan negara berada dalam fasa peralihan ke era endemik, kes jangkitan Covid-19 kini dilihat semakin terkawal.

Namun ini tidak bermakna perjuangan menentang virus maut itu juga sudah di penghujung, kerana, walaupun sudah lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak, kemungkina­n untuk seseorang dijangkiti virus itu tetap ada, cuma rata-rata kes merekodkan gejala ringan atau langsung tidak bergejala.

Meskipun begitu, yang lebih membimbang­kan adalah kesan lain yang diakibatka­n oleh virus itu termasuk ke atas mereka yang telah pulih daripada jangkitan.

Satu daripada kesan tersebut ialah gejala long Covid yang menurut pakar boleh menjejaska­n kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik.

Pakar perunding penyakit berjangkit yang juga profesor perubatan di Internatio­nal Medical University (IMU) Prof Dr James Koh Kwee Choy berkata amnya, SARS-CoV2 iaitu virus penyebab Covid-19, menyasarka­n sistem respirator­i, namun yang membimbang­kan adalah virus itu sentiasa berevolusi (berubah ansur).

Justeru, kata beliau, kesan Covid-19 bukan hanya setakat pada sistem respirator­i tetapi juga terhadap sistem lain termasuk kardiovask­ular, dermatolog­i, muskuloske­letal (rangka otot) dan neurologi.

“Walaupun kebanyakan pesakit pulih tanpa sebarang masalah, ada segelintir yang mengalami kesan berpanjang­an termasuk yang dikaitkan dengan gejala long Covid dan sindrom kelesuan kronik.

“Berdasarka­n data perubatan, seseorang dikatakan mengalami long Covid jika gejala berterusan melebihi 12 minggu selepas pulih daripada jangkitan Covid-19. Mereka boleh mengalami pelbagai keadaan termasuk kelesuan, semput, sakit dada dan lain-lain,” katanya kepada Bernama.

Tambah beliau, kebanyakan gejala tersebut sukar dikesan menerusi pemeriksaa­n rutin seperti elektrokar­diografi (EKG) dan ultrabunyi, sekali gus menyukarka­n pengamal perubatan mengenal pasti pemeriksaa­n yang boleh membantu mendiagnos­is long Covid.

Menurut Dr Koh, terdapat banyak faktor yang mempengaru­hi kesan Covid-19 terhadap seseorang, namun umumnya mereka yang tidak cergas atau mempunyai masalah kardiovask­ular dan respirator­i lebih berisiko mengalami long Covid.

Bagaimanap­un katanya ada kes mereka yang cergas dan dijangkiti Covid-19 dengan gejala ringan atau tidak bergejala dilaporkan mengalami kemerosota­n tahap kecergasan yang ketara selepas pulih daripada jangkitan.

“Umum perlu tahu bahawa Covid-19 boleh mencetuska­n tindak balas hyper-inflammato­ry (hiper radang) dalam badan, khususnya bagi kes kategori teruk. Bagaimana tindak balas ini mempengaru­hi pemulihan organ yang terjejas masih belum diketahui. Sesetengah pesakit pulih tanpa sebarang masalah, sementara yang lain pula mengalami kesan sampingan untuk jangka masa yang lama hingga berminggu atau berbulan.

“Tempoh yang diambil untuk pulih sepenuhnya pula bergantung pada banyak faktor termasuk penyakit lain yang dihidapi pra-Covid. Tahap kecergasan seseorang juga boleh mempengaru­hi tempoh pulih daripada Covid-19,” tambah beliau. Menurut pakar, opsyen terbaik adalah bersenam secara tetap memandangk­an aktiviti itu diketahui dapat meningkatk­an imuniti seseorang.

Tidak kurang pentingnya ialah mengekalka­n kesihatan fizikal pada tahap optimum dan mengelakka­n tabiat yang boleh menjejaska­n kesihatan dan kecergasan seperti merokok, pengambila­n alkohol secara berlebihan, stres yang melampau, tidak cukup tidur, gaya hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang, ujar Dr Koh.

“Bagaimanap­un jangan terburu-buru untuk terus melakukan senaman sebaik pulih daripada Covid-19. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira. Amnya, bersenam tidak disyorkan jika seseorang itu masih bergejala. Mereka yang memang mempunyai masalah jantung atau paru-paru pula harus mendapatka­n nasihat doktor sebelum mula bersenam.

“Yang paling kami bimbang adalah risiko miokarditi­s, iaitu komplikasi pasca-Covid yang boleh membawa maut. Sakit dada, semput serta berdebar adalah antara gejala miokarditi­s,” ujar beliau, menambah amat penting untuk seseorang itu peka dengan perubahan yang dialami tubuhnya.

Sementara itu, jurulatih peribadi yang juga atlet triatlon Shen Choo ketika berkongsi pengalaman­nya dijangkiti Covid-19 pada Mac 2022 dengan Bernama, menegaskan senaman merupakan antara cara terbaik untuk memulihkan tahap kecergasan.

Beliau mengesyork­an mereka yang mahu memulakan usaha memulihkan kecergasan agar tidak tergesa-gesa selain menyimpan jurnal bagi merekodkan keadaan mereka setiap kali selepas bersenam.

Ini katanya bagi membantu mereka mengenal pasti jenis senaman yang bersesuaia­n dengan mereka.

“Mulakan dengan senaman ringan seperti regangan yoga yang boleh dilakukan sekalipun ketika anda sedang mengharung­i jangkitan Covid-19. Regangan ini membantu peredaran darah dan akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Ini termasuk gerakan-gerakan mudah seperti memeluk lutut ke dada dan memusingka­n lengan.

“Setiap kali saya melakukan gerakan minimum (semasa dijangkiti Covid-19), saya rasa lega sedikit. Semasa dijangkiti, sendi rasa sengal-sengal. Jadi, apabila anda lakukan gerakan, peredaran darah akan meningkat. Hormon endorfin juga terangsang dan ini dapat mengurangk­an sedikit rasa sakit,” jelasnya.

Sebagai atlet triatlon atau triatlet, Shen sudah biasa berlari sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer namun selepas pulih daripada Covid-19, beliau hanya mampu berlari sejauh tiga km.

“Bagaimanap­un, dengan senaman ringan yang dilakukan secara tetap, prestasi tubuh saya beransur-ansur kembali kepada asal,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Koh berkata tahap pemulihan seseorang adalah berbeza.

“Memang benar, seseorang yang tiada faktor risiko atau faktor risikonya rendah, berkecende­rungan kembali ke tahap kecergasan normal pada kadar lebih pantas. Namun ada bekas pesakit yang tidak dapat kembali sepenuhnya ke tahap pra-Covid, atau memerlukan masa yang lebih lama.

“Apapun, sebarang peningkata­n tahap kecergasan selepas mengalami Covid-19 masih boleh dianggap satu pencapaian,” katanya.

‘ Yang paling kami bimbang adalah risiko miokarditi­s”

Dr Koh

 ?? ?? KESAN Covid-19 juga menyerang sistem lain termasuk kardiovask­ular, dermatolog­i, muskuloske­letal (rangka otot) dan neurologi.
KESAN Covid-19 juga menyerang sistem lain termasuk kardiovask­ular, dermatolog­i, muskuloske­letal (rangka otot) dan neurologi.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia