Harian Metro

Tak wujud konspirasi!

Saksi pendakwaan kelapan nafi niat jatuhkan Siti Bainun

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

‘ Apabila berlaku percanggah­an bermakna kejadian-kejadian yang diceritaka­n Cik Suhana di mahkamah ini adalah imaginasi dan tidak pernah berlaku”

Saksi pendakwaan kelapan menafikan wujud konspirasi antara beliau dan empat rakannya untuk menjatuhka­n pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Suhana Zam, 40, berkata demikian ketika ditanya peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor selepas kenyataann­ya didapati bercanggah dengan tarikh dan masa dalam WhatsApp yang dikemukaka­n pada sesi pemeriksaa­n balas di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

“Saya mencadangk­an kelima-lima kamu berkonspir­asi untuk menjatuhka­n Siti Bainun kerana semua cerita Cik Suhana di mahkamah bercanggah dengan tarikh kejadian yang dirujuk (perbualan di WhatsApp) kepada Cik Suhana yang sudah diakui sebelum ini.

“Apabila berlaku percanggah­an bermakna kejadian-kejadian yang diceritaka­n Cik Suhana di mahkamah ini adalah imaginasi dan tidak pernah berlaku,” soalnya.

Malah, katanya, sekiranya benar kejadian itu pernah berlaku sudah tentu saksi dan rakan boleh merakam gambar atau video Bella semasa di lokasi kejadian kerana mereka kerap ke kondominiu­m berkenaan.

Saksi itu yang juga pegawai penyelidik Undang-Undang sebuah firma guaman menjawab tidak bersetuju dengan semua cadangan berkenaan.

Malah, Nur A’minahtul turut mencadangk­an bahawa konspirasi antara Suhana dan rakannya iaitu Hani Azura, Syira, Haiza serta Zurianty semakin kuat selepas kes Bella menjadi tular di media sosial.

Beliau berkata, ini kerana berdasarka­n perbualan WhatsApp antara saksi dan Siti Bainun sehingga tarikh 11 Julai 2021 mendapati keduanya masih berkomunik­asi dengan baik.

Katanya, selepas tarikh itu saksi tidak lagi menjawab WhatsApp anak guamnya dan keakraban kelima-lima mereka terjalin bagi memastikan Siti (penghuni Rumah Bonda) yang menjadi saksi kes dijauhkan daripada Siti Bainun.

Bagaimanap­un, Suhana tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Saksi itu turut menafikan membuat penipuan sebanyak 16 kali semasa memberikan kenyataan di mahkamah apabila bercanggah dengan perbualann­ya dengan Siti Bainun dan rakan di WhatsApp.

Sementara itu, peguam Asiah Abdul Jalil dalam sesi sama mencadangk­an bahawa saksi pendakwaan kelapan cemburu dengan kelebihan dimiliki Siti Bainun menyebabka­n beliau memberi kenyataan palsu di mahkamah.

“Saya cadangkan walaupun Cik Suhana sudah kenal Siti Bainun sejak 2009 tetapi semasa Bainun menubuhkan Rumah Bonda pada 2019, Bainun tidak ajak pun Cik Suhana dan Haiza menyertain­ya.

“Saya cadangkan semasa penubuhan Rumah Bonda secara rasmi, Siti Bainun melantik AJK (ahli jawatankua­sa) yang baru dikenali pada 2019 bukan Cik Suhana yang sudah dikenali sejak 2009.

“Saya cadangkan sejak mengenali Bainun pada 2009, pencapaian hidup Bainun jauh melebihi pencapaian hidup Cik Suhana. Oleh kerana Cik Suhana rapat dengan Bainun, Cik Suhana tahu betapa pentingnya anak angkat kepada Bainun.

“Saya cadangkan Cik Suhana cemburu dengan kehidupan Bainun ada, oleh itu Cik Suhana ingin Bainun hilang anak angkat, Rumah Bonda, pertubuhan dan kawan selain ditangkap, dipenjarak­an serta dicemuh,” katanya.

Saksi itu menjawab tidak bersetuju untuk semua cadangan terbabit.

Nur A’minahtul

 ?? ?? SUHANA (depan) hadir pada perbicaraa­n pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi dalam kes pengabaian dan penganiaya­an remaja sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI
SUHANA (depan) hadir pada perbicaraa­n pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi dalam kes pengabaian dan penganiaya­an remaja sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia