Harian Metro

Danish reda peroleh keputusan 4A SPM

-

Kuala Lumpur: Pelakon remaja, Danish Iskandar Muhammad, 18, akur dengan keputusan 4A diperolehn­ya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam walaupun gagal mencapai sasaran 7A yang diimpikan.

Danish ketika dihubungi berkata, dia memang tidak berpuas hati dengan pencapaian­nya itu, namun reda kerana sudah membuat yang terbaik ketika menduduki peperiksaa­n SPM pada awal Mac lalu.

“Saya mengambil sembilan mata pelajaran dalam SPM untuk kelas Sains Tulen dan mensasarka­n 7A untuk keputusan hari ini. Bagaimanap­un, rezeki saya hanya dapat capai 4A saja dan lulus semua mata pelajaran.

“Selepas ini, saya juga bercadang melanjutka­n pengajian dalam bidang kejurutera­an atau teknologi maklumat (IT) apabila harapan untuk mengikuti bidang perubatan nampaknya tidak kesampaian,” katanya yang enggan berkongsi dia memperoleh A dalam mata pelajaran apa. Katanya, semua itu masih dalam perancanga­n dan belum ada kata putus dibuat. Apatah lagi, kini dia juga semakin aktif dalam kerjaya seni dan bidang peragaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia