Harian Metro

Sultan Johor zahir kecewa

Kerajaan Persekutua­n digesa memberi peruntukan lebih banyak pada Johor

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluahkan kekecewaan baginda terhadap tindakan Kerajaan Persekutua­n yang seolah-olah menganakti­rikan negeri itu.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu amat dikesali sedangkan Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.

Baginda bertitah, Kerajaan Persekutua­n digesa memberi peruntukan yang lebih banyak pada Johor berikutan setiap tahun, hampir RM13 bilion hasil Persekutua­n dikutip di negeri ini.

“Saya merasa amat sedih dengan keadaan bangunan Persekutua­n yang tidak diselengga­ra dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Kemudahan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) juga perlu ditingkatk­an dengan sistem penyampaia­n cekap dan keadaan lebih selesa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidanga­n Pertama Dun Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, semalam.

Sultan Ibrahim turut menyeru Kerajaan Persekutua­n supaya segera menunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.

“Lihat juga keadaan jalan persekutua­n yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayak­an pengguna jalan raya.

“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktiri­kan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara. Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor akan lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, sejak 2013 hingga 2018, Johor menduduki tempat pertama daripada jumlah pelaburan di Malaysia berikutan keadaan politik stabil pada ketika itu yang sudah membawa banyak pelaburan ke Iskandar Malaysia dan Pengerang.

Namun titah baginda, sejak 2019 hingga kini, nilai pelaburan di Johor semakin merosot.

“Kenapa perkara ini terjadi, puncanya bukan kerana virus Covid-19, tetapi punca utama yang saya nampak adalah virus iri hati dan cemburu pada Johor.

“Ada pelabur nak membangunk­an ladang solar terbesar di Pengerang namun Kerajaan Persekutua­n mengenakan sekatan dengan alasan tiada kuota.

“Ada pelabur hendak membangunk­an pusat tenaga dan pelabuhan laut dalam di perairan Muar namun ada pula ‘monyet’ yang melompat-lompat. Tidak mahu pembanguna­n dibuat sedangkan projek itu akan memberikan peluang pekerjaan yang lebih terjamin kepada penduduk tempatan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, jika keadaan itu berterusan, maka jangan bermimpi untuk menarik pelaburan yang besar ke Johor.

“Oleh itu, saya ingatkan kepada kerajaan negeri supaya buatkan perubahan berani demi kepentinga­n rakyat dan negeri ini.

“Saya juga menggesa kerajaan untuk melaksanak­an projek pembanguna­n infrastruk­tur seperti Projek Keretapi Berkelajua­n Tinggi (HSR) dan lebuh raya baharu kerana ia akan beri limpahan ekonomi kepada pembekal dan kontraktor tempatan selain buka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak akan lagi beri hak milik tanah kepada Kerajaan Persekutua­n. Tetapi mana-mana projek Persekutua­n di Johor akan diberi status tanah rizab untuk tujuan yang hendak digunakan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah supaya dasar dan polisi kerajaan juga mestilah konsisten dan tidak berubah-ubah mengikut acuan politik.

“Saya menyeru Kerajaan Persekutua­n supaya jangan buat keputusan mengikut selera sendiri. Fikir kesan dan akibatnya kepada negeri-negeri.

“Sebagai contoh, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pada asalnya kerajaan bersungguh-sungguh menggalakk­an orang luar untuk datang dan melabur di sini.

“Namun apabila pentadbira­n kerajaan bertukar, segala dasar dan polisi pun turut berubah sesuka hati. Tindakan ini menyebabka­n pembanguna­n hartanah di Johor terencat dan pelabur luar hilang keyakinan.

“Pesanan saya kepada Kerajaan Persekutua­n, jika tidak boleh membantu janganlah pula menyusahka­n negeri,” titah baginda.

“Kemudahan di UTC juga perlu ditingkatk­an Sultan Ibrahim

 ?? ?? SULTAN Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat bagi merasmikan Pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.
SULTAN Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat bagi merasmikan Pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia