Harian Metro

Waspada transaksi WiFi awam

Pengguna dalam talian disaran lakukan urusan kewangan melalui sambungan lebih selamat

-

Pengguna dalam talian yang menggunaka­n e-dompet dan kaedah e-pembayaran lain sangat dinasihatk­an supaya tidak menjalanka­n transaksi melalui sambungan WiFi awam.

Ketua Pembanguna­n Kriptograf­i CyberSecur­ity Malaysia Hazlin Abdul Rani berkata, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabka­n data peribadi dan mungkin semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi.

Beliau turut menasihatk­an untuk lebih berwaspada mengenai kemungkina­n penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah.

“Sebagai contoh, jika anda berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’ namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’ atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi tersebut untuk membuat anda percaya yang anda menggunaka­n WiFi yang sah. Kekeliruan ini boleh mengheret pengguna terjerumus ke dalam perangkap mereka.

“Oleh itu, berhati-hati dan elak guna WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan,” katanya dalam perbincang­an panel maya yang dianjurkan

‘ Berhati-hati dan elak guna WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan”

oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), bertajuk #iEMPOWER: e-Dompet-Menerima Transforma­si Tanpa Tunai.

Mengulas lanjut, Hazlin berkata, pengguna perlu berhati-hati dengan serangan kejurutera­an sosial yang menyasarka­n mereka melalui panggilan telefon, mesej pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat yang dilampirka­n (perisian hasad).

“Disebabkan oleh kekurangan maklumat, kita mungkin tidak sedar serangan itu, terutama apabila anda terima panggilan telefon dan menjawab soalan tentang maklumat peribadi tanpa mengetahui orang ini penipu yang berpura-pura menjadi pihak berkuasa, wakil bank atau polis antara lainnya,” katanya.

Daripada perspektif peniaga, beliau berkata, sistem dan sistem Butiran Jualan (POS) yang memerlukan pengimbasa­n kod QR mesti disulitkan untuk mendapatka­n sebarang kebenaran yang diberikan.

Hazlin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia