Harian Metro

1,122 calon SPM Johor raih 10A

-

Johor Bahru: Seramai 1,122 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Johor berjaya mencapai keputusan cemerlang 10A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Md Said Md Daimon berkata, daripada jumlah itu, 30 calon mendapat semua A+ bagi mata pelajaran yang diduduki.

Beliau berkata, bilangan calon mendapat kepujian sekurang-kurangnya 1C adalah 6,031 manakala calon sekurang-kurangnya 1G pula adalah 12,118.

Katanya, calon SPM 2021 merupakan kohort pertama menduduki peperiksaa­n menggunaka­n format baharu pentaksira­n dan peperiksaa­n.

“Prestasi ini menunjukka­n kualiti calon cemerlang di Johor.

“Berdasarka­n pencapaian SPM 2021, 53 sekolah di Johor mencapai kelulusan 100 peratus layak mendapat sijil. Ia meliputi sekolah bandar dan luar bandar,” katanya pada sidang media, semalam.

Md Said berkata, secara keseluruha­nnya, 43,253 calon hadir menduduki peperiksaa­n SPM pada tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 37,846 calon layak mendapat sijil, ia bersamaan dengan 87.5 peratus.

“Gred Purata Nasional (GPN) Negeri Johor pada 2021 adalah 4.75, ia tidak boleh dibandingk­an dengan pencapaian tahun lalu kerana format berbeza.

“Gred Purata Sekolah (GPS) bagi semua 70 sekolah kategori luar bandar ialah 4.87 dengan 82 calon memperoleh semua A dan GPS bagi 205 sekolah kategori luar bandar ialah 4.73 dengan 1,040 calon cemerlang semua A,” katanya.

 ?? ?? PELAJAR cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru meraikan keputusan SPM 2021 mereka selepas memperoleh 10A+.
PELAJAR cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru meraikan keputusan SPM 2021 mereka selepas memperoleh 10A+.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia