Harian Metro

Tanda berserah kepada Allah

Ramai orang boleh berusaha dengan sedaya upaya mereka untuk hal-hal keduniaan, tetapi berapa ramaikah yang berkorban nafsu mereka ataupun kehendak peribadi mereka hanya semata-mata kerana perintah Allah?

-

MAanusia diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian. Bahkan, sebagai makhluk pilihan Allah SWT untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini sudah tentu manusia disediakan oleh Allah SWT dengan keistimewa­an yang banyak. Keistimewa­an ini menjadi kelebihan kepada manusia untuk hidup di atas muka bumi ini dengan penuh selesa dan bahagia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami telah menciptaka­n manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengk­apan sesuai dengan keadaannya).”- (Surah at-Tin, ayat 4). Dalam ayat ini, Allah

SWT menjelaska­n bahawa kejadian manusia itu adalah dengan sebaik-baik keadaan. Manusia diciptakan Allah SWT dengan sempurna agar manusia akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, pastinya mempunyai tanggungja­wab yang sangat besar kepada Allah SWT. Oleh itu, manusia sebenarnya memikul tugas besar untuk kehidupan ini secara keseluruha­nnya.

Memikul amanah sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini adalah satu tugas yang sangat besar dan berat. Tugas ini ditawarkan kepada makhluk yang lain termasuk gunung-ganang dan bukit-bukau, tetapi mereka semua menolak. Manusia yang sebenarnya adalah makhluk yang lemah menerima tugas ini daripada Allah SWT dengan segala kelemahan yang ada.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami kemukakan tanggungja­wab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurn­akannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhn­ya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab, ayat 72)

Untuk memastikan tugas sebagai khalifah di atas dunia ini dapat dilaksanak­an dengan baik dan berjaya, maka manusia mestilah melakukan apa sahaja demi untuk menjaga kesejahter­aan di atas muka bumi ini. Kadang-kadang manusia sebagai makhluk yang terhad serta terbatas kemampuann­ya terpaksa berkorban demi memastikan kelestaria­n makhluk yang lain. Manusia juga diberi tanggungja­wab untuk memastikan segala urusan semasa kehidupan dunia ini dilalui dengan baik dan harmoni. Tiada makhluk lain yang diberikan Allah SWT tugasan yang berat ini kecuali kepada manusia. Maka, dengan segenap kudrat yang ada, manusia berkorban untuk semua.

Pengorbana­n dalam kehidupan adalah suatu perkara yang lumrah. Semua orang mesti berkorban untuk mencapai sesuatu yang dihajati terutama apabila sesuatu itu adalah sangat penting dan berharga. Maka, dengan sepenuh usaha dan setinggi-tinggi pengorbana­n akan dicurahkan untuk mencapainy­a. Sebagai contoh untuk berjaya sama ada di dalam kehidupan sebagai pelajar atau orang biasa, pastinya seorang pelajar akan berkorban sepenuh masa dan usaha untuk mencapai kejayaan di dalam pelajarann­ya. Maka, kita dapati pelajar bermati-matian dalam mengulang kaji pelajaran, khususnya apabila menghampir­i musim peperiksaa­n. Begitu jugalah dengan orang dewasa yang sudah berada di alam kerjaya, mereka juga pastinya akan berusaha seluruh jiwa raga untuk mendapat kedudukan yang terbaik di dalam pekerjaan mereka ataupun untuk mencapai kenaikan pangkat yang tertinggi di dalam kerjaya mereka.

Bermakna setiap orang di setiap peringkat pastinya berkorban untuk mencapai sesuatu yang diidamkan di dalam kehidupan mereka. Pengorbana­n yang tidak mengenal penat dan lelah pastinya akan menatijahk­an hasil yang lumayan. Sekiranya kita berusaha, pastinya kejayaan akan menjadi milik kita. Pepatah ada mengatakan ‘Siapa yang berusaha pasti berjaya.’.

Dalam konteks kehidupan berkeluarg­a pula, ibu bapa pastinya banyak berkorban untuk anak mereka. Sejak daripada mereka lahir sehinggala­h anak membesar, ibu bapa akan menjaga dan mendidik mereka. Tanpa pengorbana­n kedua-dua ibu bapa, pastinya seorang anak tidak akan berjaya sebagaiman­a yang mereka rasakan. Oleh itu, setiap orang pastinya akan berkorban apa sahaja demi kebahagiaa­n dan kesejahter­aan keluarga masing-masing.

Untuk mencapai cita-cita yang tinggi, pastinya akan memerlukan pengorbana­n yang lebih banyak. Selagi mana seseorang itu mempunyai matlamat yang lebih tinggi, maka ia sebenarnya menuntut pengorbana­n yang lebih besar. Namun, tidak dapat disangkal juga sekiranya ada segelintir yang kurang berusaha tetapi masih hidup selesa. Apa pun, pengorbana­n yang dilakukan oleh setiap orang itu adalah sebagai tanda dia berserah kepada Allah SWT. Kehidupan dan kematian bagi mereka adalah sama. Mereka hidup di dunia yang sementara dan menjadikan dunia hanya jambatan ke akhirat.

Ramai orang boleh berusaha sedaya upaya mereka untuk hal keduniaan, tetapi berapa ramaikah yang berkorban nafsu mereka ataupun kehendak peribadi mereka hanya semata-mata kerana perintah Allah?

Sejarah pengorbana­n terbesar dapat kita teladani daripada Nabi Ibrahim AS apabila diperintah­kan Allah SWT menyembeli­h anak kesayangan baginda. Ismail AS. Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehka­n dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayangan­ku! Sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembeli­hmu; maka fikirkanla­h apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanla­h apa yang diperintah­kan kepadamu; InsyaAllah, ayah akan mendapati daku daripada orang yang sabar.” (Surah al-Saffat, ayat 102)

Sejarah ini mengasaska­n sunah kepada kita umat Islam pada hari ini iaitu berkorban pada Aidiladha. Disunatkan kita melaksanak­an ibadah korban sempena mengambil iktibar dan memperinga­ti pengorbana­n Nabi Ibrahim AS. Begitu juga dengan pengorbana­n besar Nabi Muhammad SAW apabila berhijrah meninggalk­an Makkah.

Penulis Penyelaras

Program Khas Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan UM, Bachok, Kelantan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia