Harian Metro

Bantu ringankan beban

TKHM, Kedai Ayamas rai pekerja OKU Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Keceriaan terpancar pada wajah 30 pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau, Jalan Sungai Nipah di sini, ketika diraikan dalam Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Kedai Ayamas, semalam.

Pusat harian itu dikendalik­an tiga tenaga pengajar bagi latihan kemahiran di bengkel jahitan dan terapi kerja.

Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro Muhamad Safar Ahmad berkata, program berkenaan bertujuan meringanka­n beban golongan sasar seperti anak yatim, ibu tunggal, golongan B40 serta istimewa dan rumah kebajikan.

Kata beliau, selain memberi set makanan Ayamas, pekerja berkenaan turut menerima sumbangan barangan makanan dan Kotak Rezeki.

“Harian Metro bersama Kedai Ayamas terpanggil bagi membantu meringanka­n beban golongan sasaran ini, sekali gus merapatkan hubungan dengan masyarakat.

“Harian Metro tidak sekadar menyumbang berita, tetapi turut menyelami hidup masyarakat yang memerlukan terutama selepas pandemik Covid-19,” katanya ditemui.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kedai Ayamas Abd Rahman Md Dawi, Pengarang Berita Harian Metro merangkap Pengarah Projek Titipan Kasih Harian Metro Noor Azam Abd Aziz, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Ishwaran Nadarajan dan Pengerusi Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau Salmah Bee Mohd Eusoff.

Dua pokok limau kasturi turut ditanam sebagai simbolik penganjura­n program TKHM di pusat berkenaan.

Abd Rahman dalam ucapannya berkata, majlis itu adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Katanya, ada tiga cawangan Kedai Ayamas di Pulau Pinang iaitu di Sungai Nibong, Sungai Dua dan Seberang Jaya manakala cawangan keempat dijangka dibuka pada Ogos ini di Bayan Lepas.

“Kami berharap dapat menyalurka­n lebih banyak sumbangan dalam program seperti ini hasil daripada jualan di Kedai Ayamas.

“Difahamkan, pekerja OKU di sini, diberi latihan cara kerja dan ia adalah pendekatan yang baik kepada mereka di alam pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Salmah Bee turut merakamkan penghargaa­n terhadap penganjura­n program berkenaan.

“Tumpuan kami ialah mahu melatih pekerja OKU di sini, dengan kemahiran supaya mereka mampu meraih pendapatan sendiri pada masa depan,” katanya.

 ?? ?? MUHAMAD Safar (kanan) menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada Abd Rahman (dua dari kanan) kepada Salmah Bee (tengah) pada Program TKHM Bersama Kedai Ayamas di Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau, semalam.
MUHAMAD Safar (kanan) bersama Abd Rahman (dua dari kanan) diiringi Salmah (kiri) ketika membuat lawatan bengkel terapi kerja di Pusat Harian Harapan
Bakti Balik Pulau, semalam. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
MUHAMAD Safar (kanan) menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada Abd Rahman (dua dari kanan) kepada Salmah Bee (tengah) pada Program TKHM Bersama Kedai Ayamas di Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau, semalam. MUHAMAD Safar (kanan) bersama Abd Rahman (dua dari kanan) diiringi Salmah (kiri) ketika membuat lawatan bengkel terapi kerja di Pusat Harian Harapan Bakti Balik Pulau, semalam. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia