Harian Metro

Tourism Malaysia perkenal negara di India, Asia Barat

-

Port Dickson: Tourism Malaysia giat mempromosi­kan pakej pelanconga­n negara ini di India dan negara Asia Barat dalam usaha menghidupk­an semula sektor pelanconga­n di peringkat global.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, sasaran dua juta pelancong asing dijangka melawat negara tahun ini mampu dicapai.

“Kadar penginapan di hotel kembali seperti dahulu pada setiap hujung minggu yang mana produk pelanconga­n mula wujud semula. Saya juga mula melihat kedatangan pelancong luar negara bercuti ke negara ini semakin bertambah.

“Dalam setiap pameran pelanconga­n oleh Tourism Malaysia, kami bukan sahaja menawarkan pelan pelanconga­n, penerbanga­n dan penginapan namun turut memperkena­lkan produk pakej selam skuba dan sebagainya,” katanya selepas Program Ocean’s Us Sustainabl­e Ecotourism­e CSR Beach Cleanup di Hotel Lexis Hibiscus sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia