Harian Metro

Rel percuma sebulan!

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kerajaan memperuntu­kkan RM155 juta sebagai subsidi perkhidmat­an pengangkut­an awam selama sebulan bermula semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambang percuma membabitka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam kendalian RapidKL iaitu Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan subsidi RM15 juta kepada Komuter Lembah Klang di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang juga diberikan percuma bermula semalam.

Menurutnya, subsidi yang diberikan kerajaan adalah dorongan untuk lebih ramai rakyat menggunaka­n pengangkut­an awam sama ada untuk bekerja atau beriadah pada hujung minggu dan hari cuti.

“Penggunaan pengangkut­an awam yang lebih meluas dalam kalangan rakyat dapat membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

“Dengan perkhidmat­an percuma untuk dua pengangkut­an awam utama ini, rakyat diharap tidak hanya menggunaka­n untuk tempoh sebulan malah dilanjutka­n pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini, kerajaan sudah memperkena­lkan pelbagai inisiatif termasuk subsidi sebanyak RM150 kepada golongan terpilih sepert pelajar, warga emas dan orang kurang upaya untuk menggunaka­n perkhidmat­an awam.

 ?? ?? ISMAIL Sabri ketika meninjau fasiliti di Stesen MRT Kampung Batu pada pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, semalam. Hadir sama Tengku Zafrul dan Dr Wee (kiri).
ISMAIL Sabri ketika meninjau fasiliti di Stesen MRT Kampung Batu pada pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, semalam. Hadir sama Tengku Zafrul dan Dr Wee (kiri).
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia