Harian Metro

4 jasad tanpa identiti

Mayat ditemui terapung dalam tempoh 48 jam lalu di perairan Johor Timur

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Empat mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung sepanjang tempoh 48 jam di lokasi berbeza di sekitar perairan Johor Timur bermula pada Selasa lalu.

Penemuan itu dilaporkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pada Selasa lalu pihaknya menerima maklumat penemuan dua mayat terapung oleh nelayan tempatan di perairan Pulau Lima, masing-masing jam 12.50 tengah hari dan jam 1.10 tengah hari.

Katanya, dua mayat terbabit dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh, jam 4.30 petang hari sama.

“Pada jam 10.30 pagi semalam (kelmarin), kami dimaklumka­n berkaitan penemuan satu mayat terapung oleh pemancing di kedudukan 8.6 batu nautika, timur laut Tanjung Balau.

“Seterusnya, pada jam 12.40 tengah hari sama, satu lagi mayat ditemui nelayan di kedudukan 16 batu nautika, timur laut Tanjung Sedili Besar.

“Mungkin ada kejadian bot karam namun sehingga hari ini (semalam), MRSC JB atau mana-mana balai polis belum menerima aduan berkaitan orang hilang di laut.

“MRSC JB bertanya kepada Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (Basarnas) dan mereka memaklumka­n tiada laporan orang hilang setakat ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Mohd Najib, semua mayat ditemui disyaki warga asing.

Empat mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seterusnya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurka­nnya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 yang beroperasi 24 jam.

Semua mayat ditemui disyaki warga asing

 ?? ?? JASAD yang ditemui diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
JASAD yang ditemui diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
 ?? ?? ANGGOTA penyelamat mengusung mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di lokasi berbeza di sekitar perairan Johor Timur sejak Selasa lalu.
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di lokasi berbeza di sekitar perairan Johor Timur sejak Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia