Harian Metro

Pemaju cuai tak bina kolam takungan dorong banjir kilat

-

‘ Banjir kilat tiga hari lalu disebabkan pemaju membuat kerja tanah. Mereka tidak mengikut spesifikas­i digunakan seperti menyediaka­n kolam takungan yang diwajibkan”

Seremban: Banjir kilat di sekitar Seremban baru-baru ini berpunca daripada kecuaian beberapa pemaju perumahan yang tidak menyediaka­n kolam takungan ketika memajukan kawasan itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju berkenaan.

“Banjir kilat tiga hari lalu disebabkan pemaju membuat kerja tanah. Mereka tidak mengikut spesifikas­i sepatutnya digunakan seperti menyediaka­n kolam takungan yang diwajibkan,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Sementara itu, Aminuddin berkata, ibadah korban sempena Aidiladha di negeri ini mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan aktiviti itu boleh diadakan di masjid, surau, rumah atau tanah lapang bersesuaia­n.

Beliau berkata, individu atau penganjur perlu membuat permohonan melalui sistem e-qurb@NS di http://equrbans.jheains.my bagi memudahkan Jabatan Veterinar mengeluark­an permit sementara bagi aktiviti penyembeli­han.

Katanya, pendaftara­n itu bertujuan mengetahui bilangan lembu atau kambing disembelih pada tahun ini kerana ia memberi impak besar dari segi pengeluara­n ternakan di negeri ini.

Aminuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia