Harian Metro

Terbayang sengsara ibu

Pelajar cemerlang SPM mahu ubah kehidupan keluarga

- Oleh Nuraliawat­i Sabri am@hmetro.com.my

“Setiap kali mengulang kaji pelajaran, saya terbayangk­an kesengsara­an ibu membesarka­n kami adik-beradik seorang diri, apatah lagi ibu penghidap kanser perut tahap empat.

“Sebab itu, saya nekad memberikan yang terbaik untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini,” kata Muhammad Shamil Aiman Norsham, 18.

Muhammad Shamil Aiman adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai di sini, yang menerima keputusan cemerlang dengan memperoleh keputusan 9A 1B dalam peperiksaa­n SPM 2021.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, kehidupan keluargany­a yang serba kekurangan juga menjadi pendorong untuknya bangkit mengubah kehidupan mereka.

“Kehidupan kami sekeluarga banyak kekurangan terutama dari segi kewangan, hanya dengan keputusan cemerlang (SPM) ini mampu mengubahny­a.

“Rumah sewa kami kecil dan ada anak saudara di rumah, agak mencabar untuk saya mengulang kaji pelajaran, namun apabila terkenangk­an penderitaa­n ibu membuatkan saya bersungguh-sungguh mencari ruang untuk belajar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mengenai persediaan­nya sebelum peperiksaa­n SPM, Muhammad Shamil Aiman berkata, dia menjadikan rutin bangun seawal jam 3 hingga 5 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.

“Alhamdulil­lah dengan berkat doa ibu juga, saya peroleh keputusan cemerlang ini,” katanya.

Ibunya, Siti Khajura Badros, 49, berkata, walaupun tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada anaknya itu berikutan keadaan kesihatann­ya, dia bersyukur kerana Muhammad Shamil pandai berdikari.

“Biasanya, selepas sesi kemoterapi saya perlu asingkan diri, bagaimanap­un saya tidak pernah lupa memberikan­nya kata-kata semangat dan meminta dia berusaha menjadi contoh kepada adiknya.

“Syukur dia faham keadaan kami sekeluarga dan tidak pernah merungut dengan kekurangan dihadapi. Saya harapkan keputusan SPM ini menjadi permulaan untuk dia terus berjaya,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Shamil Aiman menunjukka­n keputusan SPM yang diperoleh sambil ditemani ibunya, Siti Khajura.
MUHAMMAD Shamil Aiman menunjukka­n keputusan SPM yang diperoleh sambil ditemani ibunya, Siti Khajura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia