Harian Metro

Tanya Asmirul

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan am@hmetro.com.my

“Saya baca Asmirul tulis cerita itu, kena tanya Asmirul Muhammad Sanusi

“Kena tanya Asmirul,” kata, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas berkaitan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat kes membabitka­n penyelewen­gan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi di Kedah yang dikatakan turut membabitka­n seorang Exco negeri.

Muhammad Sanusi menegaskan persoalan mengenai siapa Exco terbabit perlu ditanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris, yang mencabarny­a dalam isu berkenaan sebelum ini.

“Saya baca Asmirul tulis cerita itu, kena tanya Asmirul. Saya tidak ada jawapan dan saya tidak terima cabaran dia (untuk dedahkan nama (Exco) terbabit.

“Cabaran dia tidak signifikan, buat apa saya hendak bising-bising. Biar agensi (SPRM) buat kerja dia, Asmirul nampak berlebihan apabila suruh orang bercakap, perkara ini kena tanya dia,” katanya selepas majlis pecah tanah projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di sini, semalam.

Berikutan itu, menurut Muhammad Sanusi, kerajaan negeri menyerahka­n kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewen­gan membabitka­n Exco terbabit.

Asmirul yang juga bekas Exco Belia dan Sukan negeri sebelum ini dilaporkan mencabar Muhammad Sanusi membuat kenyataan menafikan berlaku salah laku membabitka­n Exco negeri terbabit dan turut mendedahka­n siapa wakil rakyat berkenaan.

 ?? ?? MUHAMMAD Sanusi memaklumka­n kerajaan negeri menyerahka­n kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewen­gan membabitka­n Exco.
MUHAMMAD Sanusi memaklumka­n kerajaan negeri menyerahka­n kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewen­gan membabitka­n Exco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia