Harian Metro

‘Jangan naik harga ayam terlalu mahal’

-

Putrajaya: Peniaga diberikan amaran tidak menaikkan harga ayam terlalu mahal susulan penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam hujung bulan ini.

Menteri di Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan terus memantau dan sedia mengambil tindakan tegas berdasarka­n peruntukan undang-undang sedia ada jika ada aduan kenaikan drastik harga bekalan terbabit.

“Sudah diumumkan bahawa selepas Jun ini, harga ayam akan diapungkan tertakluk kepada bekalan dan permintaan.

“Namun, ia tidak bermakna apabila kita apungkan harga ayam, kita membiarkan begitu sahaja. Kita masih pantau dan jika ada aduan, ada pencatutan selepas siasatan, KPDNHEP akan gunakan akta sedia ada,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Sesi 2022-2023 di sini, semalam.

Kerajaan sebelum ini melanjutka­n Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur bagi ayam standard, ayam super dan telur ayam hingga 30 Jun ini sejak ia dilaksanak­an Januari lalu.

Ia bermakna, harga ayam akan mula diapungkan selepas tarikh berkenaan.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurka­nnya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengurangk­an bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, inflasi yang melanda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia hingga memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia