Harian Metro

Barang 27 kes dilupus

Termasuk 162kg daging kerbau diisytihar daging rusa bernilai RM1k

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Sejumlah 162 kilogram (kg) daging kerbau yang diisytihar­kan sebagai daging rusa antara barang rampasan yang dilupuskan dalam program Pelupusan Ekshibit Perdana Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, barangan kes dianggarka­n bernilai lebih RM1,000 itu dirampas dari sebuah kedai pemborong di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, pada 2020.

“Mereka didapati mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengisytih­arkan daging kerbau sebagai daging rusa.

“Sekilogram daging kerbau hanya berharga RM28 berbanding daging rusa asli antara RM50 hingga RM70,” katanya di Stor Ekshibit Bukit Raja di sini, semalam.

Beliau berkata, selain daging kerbau, pihaknya turut melupuskan barangan tiruan seperti pakaian, kasut, baju, cermin mata dan aksesori telefon.

Katanya, tindakan itu berdasarka­n 27 kes dari 2020 hingga 2021 membabitka­n nilai keseluruha­n RM340,000.

“Pelupusan ini adalah selepas kesemua kes berkenaan dijatuhkan hukum di mahkamah.

“Kes rampasan ini membabitka­n pelanggara­n Akta Hak Cipta 1987, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” katanya.

Berdasarka­n kes dari 2020 hingga 2021 babit nilai RM340,000

 ?? ?? MOHD Khairi (dua dari kanan) melupuskan pelbagai barangan rampasan termasuk barangan tiruan di Stor Ekshibit Bukit Raja, semalam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
MOHD Khairi (dua dari kanan) melupuskan pelbagai barangan rampasan termasuk barangan tiruan di Stor Ekshibit Bukit Raja, semalam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia