Harian Metro

Sedia hadapi bahang melampau

Jemaah haji bakal berdepan cuaca panas cecah 48 darjah Celsius disaran minum air secukupnya

-

Jemaah haji bakal berdepan suhu panas mencecah 48 darjah Celsius, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman.

Beliau berkata, musim panas di Arab Saudi ketika ini boleh menyebabka­n berlaku strok haba sekiranya jemaah haji terlalu terdedah dan kurang minum air.

“Sekarang ini musim haji dalam musim panas yang suhunya agak tinggi antara 38 hingga 48 darjah Celsius dan boleh lagi meningkat lebih tinggi.

“Dalam keghairaha­n jemaah melaksanak­an ibadah dan membuat lawatan bersejarah dan sebagainya, mereka harus memberi perhatian supaya tidak terdedah kepada cuaca panas yang agak lama dan sentiasa minum air secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan yang menempatka­n ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah di Abraj Al Janadriyah di sini.

Sementara itu, seorang jemaah Zaharri Hassan, 61, yang ditemui berkata, beliau biasanya memilih waktu subuh, maghrib dan isyak untuk ke masjid.

“Sebenarnya dalam banyak keadaan saya tetap cuba ke masjid kerana ini peluang untuk beribadah yang tak tahu bila lagi akan dapat. Tetapi jika cuaca terlalu panas saya akan cuba kuatkan diri dan minum air secukupnya,” katanya yang hadir ke Tanah Suci bersama isteri, Jamilah Othman, 54.

Mohamad Bakri Hishamudin, 54 pula berkata, beliau akan ke masjid menaiki teksi seandainya cuaca terlalu panas.

“Memang cuaca panas kita kena reda dan TH pun dah nasihatkan supaya berhati-hati. Saya memang pilih buat umrah pun pada waktu pagi dan beli barangan keperluan pun di kedai terdekat sahaja, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syed Saleh berkata, dalam keadaan jemaah yang masih belum ramai di Makkah, mereka yang berhasrat ke Masjidil Haram dan membeli barangan perlu sentiasa berwaspada bagi mengelak sebarang kemungkina­n.

“Keselamata­n diri perlu dijaga dan jika jemaah perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat, bergerak secara kumpulan dan bukan bersendiri­an yang boleh sebabkan risiko,” katanya yang turut mengingatk­an jemaah supaya sentiasa memakai pengenalan diri dan gelang dikhaskan.

“Sekarang ini musim haji dalam musim panas yang suhunya agak tinggi Syed Saleh

 ?? ?? JEMAAH diminta menjaga keselamata­n diri dengan bergerak secara berkumpula­n untuk mengelak risiko.
JEMAAH diminta menjaga keselamata­n diri dengan bergerak secara berkumpula­n untuk mengelak risiko.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia