Harian Metro

Tiga Pati cedera kereta masuk parit

-

Shah Alam: Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama awal pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian jam 5 pagi menyebabka­n semua mereka berumur 30-an di dalam kenderaan tersebut terpaksa memanjat bumbung kereta yang terjunam ke parit sementara menunggu untuk diselamatk­an.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.19 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah ke lokasi dan sebaik tiba, didapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar polis.

“Semua mangsa berjaya keluar dari kereta dan menunggu di atas bumbung kenderaan sementara menunggu ketibaan bomba.

“Kelima-lima individu itu diselamatk­an menggunaka­n spineboard untuk naik ke atas dan didapati dua wanita patah kaki dan seorang lelaki cedera pada bahu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum semua pendatang asing diserah kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital.

 ?? ?? PATI yang tercedera diselamatk­an bomba.
PATI yang tercedera diselamatk­an bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia