Harian Metro

Kadar OPR dijangka naik hujung tahun ini

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 25 mata asas (bps) menjelang akhir tahun berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Pada Rabu, Fed AS menaikkan kadar dasar utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 1.50 peratus -1.75 peratus (sebelum ini 0.75 peratus-1.00 peratus), iaitu kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha membendung inflasi tinggi yang menyaksika­n indeks harga pengguna bulan Mei negara itu melonjak 8.6 peratus tahun ke tahun.

Dalam laporan ekonominya semalam, Kenanga berkata, reaksi pasaran kewangan global terhadap kenaikan kadar dan kesan akhirnya ke atas ekonomi akan memberikan dorongan yang lebih kuat bagi kebanyakan bank pusat untuk menyusuli langkah berkenaan.

“Bagaimanap­un, ini tidak menandakan bahawa BNM akan mengikut keputusan monetari Fed itu,” tambahnya.

Bank pelaburan itu seterusnya menambah pendirian dasar BNM secara beransur-ansur menjurus ke arah mengetatka­n memandangk­an permintaan domestik yang bertambah baik berikutan pembukaan semula sempadan antarabang­sa dan kelonggara­n sekatan Covid-19, yang membawa kepada pembentuka­n trend inflasi yang didorong oleh permintaan.

“Oleh itu, kami percaya ini akan meningkatk­an kebarangka­lian BNM untuk menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas pada baki tiga lagi Mesyuarat Dasar Monetariny­a untuk tahun ini,” katanya. - Bernama

“Kebarangka­lian BNM untuk menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata

Kenanga

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia