Harian Metro

MGB bayar dividen RM2.92j

Syarikat terima kelulusan beli balik 10% daripada jumlah bilangan saham terbitan sedia ada

-

MGB Berhad (anak syarikat LBS Bina Group Berhad), penyedia solusi perkhidmat­an pembinaan dan pembanguna­n hartanah memuktamad­kan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 (AGM) yang diadakan buat kali kedua secara maya sepenuhnya.

MGB mengumumka­n semua sembilan resolusi yang dibentang untuk pertimbang­an sudah diluluskan oleh pemegang sahamnya.

Pemegang saham meluluskan, antara lain pembayaran akhir dividen satu peringkat sebanyak 0.493 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (dividen).

Dividen berjumlah kira-kira RM2.92 juta akan dibayar pada 20 Julai 2022 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit pada 28 Jun 2022.

Selain itu, MGB menerima kelulusan untuk membeli balik sehingga 10 peratus daripada jumlah bilangan saham terbitan sedia ada dalam syarikat.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya berbesar hati menerima sokongan pemegang saham dan mencapai keputusan positif pada mesyuarat AGM ke-20 ini.

“Tahun 2022 tahun yang mencabar kerana kita berdepan dengan isu geopolitik dan inflasi yang merupakan antara cabaran untuk syarikat pembinaan.

“Namun, kami akan terus berusaha dan melaksanak­an projek kami. Setakat ini, MGB sudah membina lebih daripada 19,000 unit hartanah, memanfaatk­an penggunaan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) dalaman kami yang membantu menyiapkan lebih daripada 5,000 unit rumah.

“Sehingga 31 Mei 2022, buku pesanan pembinaan kami berjumlah RM1.64 bilion dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar RM2.15 bilion di bawah segmen pembanguna­n hartanah.

“Pada masa ini, MGB berada di dalam keadaan stabil dan konsisten untuk beberapa tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pembayaran dividen sebanyak 0.493 sen sesaham kepada pemegang saham adalah dividen akhir pertama yang akan dibayar dalam sejarah Syarikat.

“Selaras dengan kemajuan MGB, kami berharap untuk terus konsisten di dalam memberi ganjaran kepada pemegang saham kami,” katanya.

“Tahun 2022 mencabar kerana berdepan dengan isu geopolitik dan inflasi Lim Hock San

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia