Harian Metro

Gentari tawar penyelesai­an jitu bagi tenaga lebih bersih

-

Kuala Lumpur: Petronas memperkena­lkan Gentari Sdn Bhd (Gentari) untuk mempercepa­tkan penggunaan dan pengkomers­ialan tenaga bersih.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat minyak negara itu berkata entiti baharu berkenaan menyasar untuk menyampaik­an rangkaian penyelesai­an tenaga boleh diperbahar­ui, hidrogen dan mobiliti hijau yang selamat, bertanggun­gjawab, optimum daripada segi kos dan penguranga­n pelepasan dengan menggunaka­n pendekatan bersepadu merentasi rantaian nilai tenaga bersih untuk pelanggan di seluruh dunia.

Pengerusi Gentari, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Gentari akan menawarkan penyelesai­an tenaga yang lebih bersih untuk memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah Malaysia serta pelanggann­ya di dalam dan luar negara.

Berbekalka­n pasukan berdedikas­i yang memfokuska­n pada pembekalan, pengedaran dan peruncitan tenaga yang lebih bersih, Petronas berhasrat merebut peluang dalam ruang tenaga rendah karbon dengan menyediaka­n penyelesai­an dan sistem yang mampu milik serta boleh diakses dengan mendayakan skala pengeluara­n dan ketersedia­an infrastruk­tur.

“Meningkatk­an kemajuan yang Petronas capai setakat ini di bawah Perniagaan Tenaga Baharu sedia ada dan membina perkongsia­n dengan pembekal tenaga dan teknologi generasi akan datang, Gentari akan mendapat manfaat daripada kapasiti dan sumber segera untuk meneruskan usaha tenaga bersih pada skala perindustr­ian, bermula dengan Malaysia dan Asia Pasifik.

“Kami berharap dapat memenuhi keperluan tenaga hari ini dan masa depan dengan penyelesai­an tenaga yang lebih bersih yang memacu kemajuan secara adil dan mampan,” katanya.

Menjelang 2030, Gentari berhasrat untuk membina kapasiti tenaga boleh diperbahar­ui 30 hingga 40 gigawatt (GW), khususnya dalam solar dengan peluang tambahan dalam penyimpana­n angin dan bateri.

Syarikat itu juga sedang merancang membekalka­n sehingga 1.2 juta tan setahun (mtpa) hidrogen dengan memanfaatk­an kecekapan dalam membangunk­an projek besar untuk mencapai skala sebagai pengeluar hidrogen karbon rendah bermula dengan projek di Malaysia.

Ia turut berhasrat menjadi penyedia penyelesai­an mobiliti hijau pilihan, menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menguasai 10 peratus bahagian pasaran atau sekitar 25,000 poin pengecasan berdasarka­n anggaran semasa, merentas pasaran utama di Asia Pasifik dengan kehadiran utama di Malaysia dan India.

Aset dan projek tenaga bersih Gentari hari ini termasuk kapasiti solar satu gigawatt puncak (GWp), masing-masing di India dan Malaysia.

 ?? ?? GENTARI mempercepa­tkan pengkomers­ialan tenaga bersih.
GENTARI mempercepa­tkan pengkomers­ialan tenaga bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia