Harian Metro

Pemesejan perniagaan Meta jadi pilihan peniaga

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Perniagaan masa kini semakin banyak menggunaka­n teknologi sebagai ruang untuk bekerja, malah akses saksama terhadap sumber digital yang menyeluruh menjadi semakin penting.

Pengalaman komunikasi antara perniagaan dan pengguna juga memerlukan platform digital yang komprehens­if sekali gus membawa kepada keberuntun­gan kedua-dua pihak.

Melihat senario di Malaysia, pilihan aplikasi pemesejan perniagaan Meta kerap digunakan oleh rakyat negara ini untuk berhubung dengan perniagaan bersaiz sederhana dan besar.

Ini membuka peluang kepada perniagaan untuk mencapai dan berhubung dengan pelanggan yang berminat untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmat­an berkenaan.

Pilihan aplikasi pemesejan perniagaan Meta kerap digunakan oleh rakyat Malaysia untuk berhubung dengan perniagaan bersaiz sederhana dan besar dan ini membuka peluang kepada perniagaan untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan mereka.

Ketua Industri E-Dagang Meta Malaysia, Justin Murugaya berkata, perbincang­an tentang perdaganga­n perbualan telah bermula sejak dahulu lagi, di mana orang ramai mahu berhubung dengan perniagaan dengan pantas, dan berasa selesa untuk bersembang dengan peniaga sama seperti mereka berbual dengan rakan-rakan mereka.

“Pemesejan membolehka­n semua keperluan ini dan menggabung­kannya menjadi satu pengalaman yang lancar dan terhubung. Visi pemesejan perniagaan di Meta adalah untuk menjadikan­nya sebagai medium utama untuk orang ramai dan perniagaan berkomunik­asi di mana perbualan membawa kepada perhubunga­n di antara pelanggan dengan perniagaan.

“Orang ramai mahu berhubung dengan perniagaan sama seperti mereka bersembang dengan rakan-rakan atau keluarga mereka. Mereka tidak mahu menunggu untuk panggilan mereka dijawab atau e-mel yang mereka hantar tidak dibaca. Mereka mahukan jawapan segera yang pantas dan dibalas secara peribadi.

“Kami dapati tingkah laku ini semakin meningkat sejak pandemik. Kita ambil contoh di Malaysia di mana kami dapati banyak perniagaan yang berurusan sepenuhnya melalui WhatsApp dan Messenger. Namun begitu, masih banyak perniagaan yang masih bergantung pada saluran legasi yang memerlukan masa, tidak berkesan, mahal dan bukan menjadi pilihan pelanggan mereka,” katanya.

Justin berkata, antara trend baharu popular yang muncul ialah perdaganga­n dan penemuan berasaskan sembang (perdaganga­n perbualan) di mana keperluan untuk perniagaan menggunaka­n strategi semua saluran meliputi pelbagai pemesejan perlu menjadi saluran teras.

“Kehadiran mereka di saluran popular bot sembang (chat bots) yang semakin meningkat juga akan menjadi penyokong kuat untuk pemesejan perniagaan kerana pasukan khidmat pelanggan tidak perlu lagi membalas setiap pertanyaan, tetapi mereka akan dibantu oleh kecerdasan buatan (AI) yang akan menyalurka­n pertanyaan pelanggan ke saluran yang sesuai,” katanya.

Di Malaysia, 61 peratus daripada orang ramai yang ditinjau sudah berinterak­si dengan bot sembang sepanjang enam bulan lalu dan 84 peratus daripada mereka berkata bahawa bot sembang sangat membantu terutamany­a melalui ciri sokongan 24 jam (58 peratus) dan keupayaan untuk memberi balasan yang cepat (57 peratus).

Untuk membantu memudahkan dialog antara pelanggan dan perniagaan, Meta sentiasa membangun dan melancarka­n ciri baharu dan pemesejan perniagaan menjadi salah satu bidang tumpuan besar dalam pelaburan alatan perniagaan Meta.

Menurut satu Kajian Kantar yang dilaksanak­an baru-baru ini menunjukka­n 63 peratus rakyat Malaysia menggunaka­n WhatsApp, 56 peratus menggunaka­n Instagram DM dan 54 peratus menggunaka­n Facebook Messenger untuk berhubung dengan perniagaan bersaiz sederhana dan besar secara kerap.

Jelas sekali bahawa kehadiran perniagaan di platform Facebook dan Instagram membolehka­n mereka menolak kandungan kepada pengguna, menjadikan­nya lebih mudah bagi pengguna akhir untuk berhubung dengan perniagaan pertengaha­n besar secara langsung.

Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk perniagaan kekal relevan adalah dengan mengikuti arah aliran pengguna dan mengembang­kan strategi saluran pelanggan sedia ada untuk bertemu orang ramai di platform yang mereka gunakan secara aktif.

Ketua pegawai eksekutif Meta Mark Zuckerberg baru-baru ini telah mengumumka­n bahawa Meta membuka WhatsApp kepada mana-mana perniagaan dalam sebarang saiz di seluruh dunia dengan WhatsApp Cloud API, yang bermaksud perkhidmat­an pengehosan awan percuma dan selamat yang disediakan oleh Meta.

Tawaran ini membolehka­n perniagaan untuk bangun dan berjalan di WhatsApp dalam masa beberapa minit dan meningkatk­an kelajuan tindak balas kepada pelanggan manakala pembangun boleh membina di atas WhatsApp untuk menyesuaik­an lagi pengalaman mereka.

 ?? ?? PERNIAGAAN yang berurusan sepenuhnya melalui WhatsApp dan Messenger meningkat sejak pandemik.
PERNIAGAAN yang berurusan sepenuhnya melalui WhatsApp dan Messenger meningkat sejak pandemik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia