Harian Metro

Aneka perisa kuih kapit Salsabilla­h

-

Kuala Lumpur: Kapit Premium by Salsabilla­h tampil dengan aneka perisa dan hiasan kuih kapit yang menepati selera kontempora­ri.

Pengasasny­a, Noorhayu Md Noh berkata, idea untuk menghasilk­an perisa dan hiasan kuih kapit yang pelbagai terhasil daripada pengalaman menjual kuih kapit sebelum ini.

“Apa yang saya perhatikan, mereka menggunaka­n coklat dan mentega kacang dan apa yang membezakan kami hanyalah pelekat jenama dan saiz balang.

“Jadi saya fikir sudah sampai masanya untuk mempunyai identiti sendiri, di mana orang akan lebih mengenali produk Salsabilla­h menerusi pelbagai perisa dan hiasan,” katanya.

Sejak memulakan perniagaan lima tahun lalu, Kapit Premium by Salsabilla­h boleh berbangga dengan hampir 30 perisa dan hiasan yang mendapat sambutan penggemar kuih kapit.

“Kami mempunyai pelbagai hiasan yang premium seperti Kinder Bueno, Kit Kat, Cadbury, begitu juga buah-buahan dan kekacang seperti gajus, badam, biji labu dan kekacang mewah yang lain.

“Begitu juga perisa premium seperti Nutella, coklat Belgium, Cappucino dan Beryl’s Crispy dan itulah membezakan kami dengan yang lain,” katanya.

Namun, bagi memastikan kuih kapitnya mendapat sambutan lebih meluas, pihaknya juga mengeluark­an pek premium pada harga mampu milik.

Produk Kapit by Salsabilla­h boleh didapati dalam tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar malah turut mengeluark­an kombo khas sempena musim perayaan, juga menerima tempahan untuk majlis perkahwina­n dan akikah.

Kejayaan ini menurutnya, dibantu 13 stokisnya di seluruh negara termasuk di zon Utara, Kuala Lumpur, Melaka, Johor hingga ke Singapura, dengan pilihan penggemar tertumpu kepada pek sederhana dan premium.

 ?? ?? NOORHAYU bersama rangkaian produk Kapit Premium by Salsabilla­h.
NOORHAYU bersama rangkaian produk Kapit Premium by Salsabilla­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia