Harian Metro

Maxis bentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Maxis Bhd membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia untuk mempercepa­tkan penemuan teknologi dan penyelesai­an perusahaan Internet Pelbagai Benda (IoT) seiring dengan agenda digital negara.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata Maxis 5G Alliance itu akan bermula dengan 16 ahli yang terdiri daripada rakan kongsi teknologi dan industri global serta tempatan, inovator selain rakan kongsi pelanggan strategik dari pelbagai industri untuk memanfaatk­an ekosistem simbiotik dan membuka nilai lumayan teknologi Revolusi Industri 4.0.

Antara ahli tersebut ialah Advantech, Amdocs, CrescoNet (dahulunya syarikat kumpulan Intellihub), Cisco, Google Cloud, GSMA (Komuniti Industry 5G APAC), Huawei, LLVision, Microsoft, Mimos, Motorola Solutions, NEC, Omron, Realwear, SAS dan Vodafone.

“Perikatan ini bakal mencipta, mengkomers­ialkan dan menskalaka­n kes penggunaan 5G dan penyelesai­an inovatif rentas industri untuk memacu transforma­si digital serta inovasi,” katanya.

Penyedia penyelesai­an konvergen itu berkata komuniti tersebut bakal berkembang berasaskan kolaborasi terbuka merentas semua organisasi yang boleh mempercepa­tkan penerimaan dan penggunaan inovasi didayakan oleh 5G dan salinghubu­ngan rangkaian tertumpu.

“Organisasi ahli ini disusun merangkumi tiga aliran iaitu rakan kongsi teknologi dan industri, inovator dan rakan kongsi pelanggan strategik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia